kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Gangguan Penerbangan Global: CAAM Nasihat Penumpang Sentiasa Semak Status Penerbangan
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menasihati orang ramai supaya sentiasa menyemak status perjalanan dalam tempoh cuti persekolahan ini, susulan situasi global yang boleh menjejaskan operasi syarikat serta jadual penerbangan di beberapa rantau.
Menerusi kenyataan hari ini, CAAM memaklumkan penumpang diminta supaya sentiasa peka dan mengikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan masing-masing sebelum melakukan perjalanan.
“Penumpang dinasihat menyemak status penerbangan secara berkala serta tiba di lapangan terbang lebih awal bagi menghadapi kemungkinan pelarasan operasi dan kesesakan.
“Penumpang juga digalak memastikan maklumat perhubungan yang diberikan semasa membuat tempahan adalah terkini dan boleh dihubungi serta menyimpan semua dokumen perjalanan dan tempahan untuk tujuan rujukan,” menurut kenyataan itu.
CAAM turut mengingatkan orang ramai mengenai hak mereka di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) sekiranya berlaku kelewatan penerbangan, pembatalan, larangan menaiki pesawat, perubahan jadual atau isu berkaitan bagasi.
Antara hak berkenaan ialah jika penerbangan mengalami kelewatan selama lima jam atau lebih, pengguna boleh memilih untuk meneruskan perjalanan mereka dengan bantuan yang sewajarnya daripada syarikat penerbangan, termasuk penginapan dan pengangkutan jika diperlukan, atau memilih untuk mendapatkan bayaran balik penuh.
Bagi pembatalan penerbangan, dilarang menaiki pesawat, perubahan jadual selama tiga jam atau lebih, serta penamatan laluan, pengguna berkemungkinan berhak memilih sama ada diatur semula perjalanan atau mendapatkan bayaran balik penuh, tertakluk kepada peruntukan yang ditetapkan di bawah MACPC.
“Bagi pembatalan secara sukarela, pengguna berhak menerima bayaran balik bagi caj perkhidmatan penumpang (PSC), cukai, fi, surcaj bahan api dan caj kawal selia, tertakluk kepada terma dan syarat tiket.
“Pengguna digalak terlebih dahulu mendapatkan penyelesaian secara terus dengan syarikat penerbangan atau pengendali lapangan terbang yang berkenaan. Sekiranya isu terbabit masih tidak dapat diselesaikan, aduan boleh dikemukakan melalui platform FlySmart CAAM untuk bantuan lanjut,” menurut kenyataan itu.
Gangguan Penerbangan Global: CAAM Nasihat Penumpang Sentiasa Semak Status Penerbangan
CAAM, pengguna, status perjalanan, cuti sekolah, h