BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penuntut UMT Lemas Ketika Cuba Selamatkan Rakan Di Lata Ulu Kasar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141
d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Seorang penuntut perempuan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kampus Gong Badak, Kuala Nerus lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya yang hampir lemas di Lata Ulu Kasar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Setiu Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata mangsa Suraya Hassan, 22, yang berasal dari Batu Pahat, Johor bersama tujuh lagi rakannya dari universiti sama berkunjung ke kawasan perkelahan berkenaan.

Beliau berkata polis menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.48 tengah hari memaklumkan tentang kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mereka sedang mandi. Mangsa bersama seorang lagi rakannya Nur Najwa Farina Mohamed, 25, mendapati rakan yang dikenali sebagai Adilah hampir lemas.

“Mereka berdua bertindak cuba menyelamatkan Adilah namun Suraya telah lemas manakala Najwa hampir lemas tetapi sempat diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zain berkata mangsa yang selamat dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Setiu dan dirawat sebagai pesakit luar manakala mayat Suraya dihantar ke Unit Forensik hospital sama untuk bedah siasat.

 
Back
Top
Log in Register