BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengurusan kanan Prasarana Maklumat Penting bertanggungjawab ‘secara langsung' terhadap keselamatan siber

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Pengurusan kanan Prasarana Maklumat Penting bertanggungjawab ‘secara langsung' terhadap keselamatan siber​

cybersecurity_cyberattacks.jpg

Pemilik infrastruktur maklumat kritikal dikehendaki mampu mengesan, bertindak balas dan pulih daripada serangan siber. (Gambar: iStock)

SINGAPURA: Pengurusan kanan pemilik infrastruktur maklumat kritikal akan dipertanggungjawab secara langsung terhadap daya tahan keselamatan siber menerusi Kod Amalan yang dikemas kini, kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo pada Rabu (22 Jul).

Prasarana Maklumat Penting merujuk kepada sistem komputer yang terlibat secara langsung dalam penyediaan perkhidmatan penting seperti tenaga, bekalan air, perbankan dan kewangan, penjagaan kesihatan, pengangkutan, infokom, media, keselamatan, perkhidmatan kecemasan serta pemerintah.

IKLAN

Berucap di Forum Panel Pakar Keselamatan Siber Teknologi Operasi, Cik Teo berkata pemilik Prasarana Maklumat Penting mesti berupaya untuk mengesan, bertindak balas dan bangkit daripada serangan siber.

"Ini mencerminkan perubahan asas daripada bergantung kepada pertahanan perimeter kepada pendekatan mempertahankan sistem secara aktif daripada ancaman. Lembaga pengarah dan pengurusan kanan mesti bertanggungjawab secara langsung terhadap daya tahan keselamatan siber," katanya.

Cik Teo menambah, pemimpin di setiap peringkat perlu memiliki pengetahuan keselamatan siber yang mencukupi untuk mentadbir dan menguruskan risiko siber.

Menurutnya, perkara itu bermula dengan pengawasan yang jelas terhadap aset kritikal serta pemantauan berterusan.

KOD AMALAN BAHARU

IKLAN

Cik Teo berkata pemilik
Prasarana Maklumat Penting yang semakin banyak menggunakan teknologi pengkomputeran cloud perlu meningkatkan tahap keselamatan dalam persekitaran tersebut.

Lewat tahun ini, Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) akan memperkenalkan Kod Amalan khusus bagi persekitaran pengkomputeran cloud yang menetapkan keperluan keselamatan siber untuk penggunaan, operasi dan pengurusan sistem Prasarana Maklumat Penting.

Awal tahun ini, CSA turut menggesa lembaga pengarah dan kepimpinan kanan semua pemilik Prasarana Maklumat Penting supaya menilai semula tahap keselamatan siber masing-masing menyusuli ancaman yang dipacu kecerdasan buatan (AI).

 
Back
Top
Log in Register