BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teguran Terhadap TH Perlu Disusuli Tindakan Bertanggungjawab - Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141

Teguran Terhadap TH Perlu Disusuli Tindakan Bertanggungjawab - Ahmad Zahid​

cac181a91acba940ea7d472b710bc8396a7b3131ec7f8

c88712be4dfc95dd178f22cbe9f292256a7b3151331ad

Kredit : FB Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap teguran membina terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) perlu disusuli dengan tindakan yang penuh bertanggungjawab.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan institusi besar umat Islam ini terus kukuh, diyakini dan tidak lagi dibelenggu dengan polemik yang berpanjangan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ruang telah dibuka untuk setiap persoalan dibahaskan, diperjelas dan dirungkai dengan sebaik-baiknya oleh Ahli-Ahli Parlimen pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH di Dewan Rakyat, hari ini.

“Mudah-mudahan selepas ini, tiada lagi pihak yang memilih untuk melemparkan tuduhan keterlaluan atau membina persepsi tanpa bersandarkan kebenaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

Beliau turut mendoakan agar semua pihak dikurniakan kebijaksanaan dan keikhlasan dalam menangani isu berkenaan demi kemaslahatan ummah serta kepentingan negara.

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat itu diadakan susulan keputusan kerajaan mendedahkan laporan RCI TH kepada umum pada 29 Julai lepas, sekali gus memberikan ruang kepada Ahli Parlimen meneliti dan membahaskan penemuan serta syor yang dikemukakan.

Laporan itu mendedahkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta mengemukakan 25 syor penambahbaikan, dengan 75 peratus daripadanya telah dilaksanakan oleh TH setakat 30 Julai lepas.

 
Back
Top
Log in Register