BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Nilai gempar bunyi letupan, Suspek Berdepan Lima Pertuduhan

686759d4860541bc6c62c67297c5e4af693925ecea689

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad

Lelaki disyaki terlibat dalam kes letupan menggunakan bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) di Desa Palma, Nilai, di sini direman sehingga 3 Jan depan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata perintah reman terhadap lelaki 62 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Siti Nur Ain Ariffin di Hospital Tuanku Ja’afar di sini memandangkan suspek menerima rawatan akibat kecederaan.

“Reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Alzafny berkata suspek kes letupan di Desa Palma pada pagi 22 Dis itu ditahan di sekitar Batang Benar, Nilai pada 4.15 petang semalam dengan kesan melecur pada muka, badan, tangan dan kaki.

Suspek dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan berdasarkan penemuan peranti dan peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki itu.

Sementara itu, di Ipoh, Perak, polis memperoleh perintah reman sehingga 2 Jan terhadap lelaki yang disyaki mengamuk sehingga mencederakan ahli keluarganya di Persiaran Putra, Bandar Baru Putra pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek berusia 29 tahun direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai rekod rawatan kesihatan mental dipercayai mengamuk dan mencederakan dua ahli keluarganya dan melarikan diri dengan memanjat tembok dan bumbung rumah sebelum memasuki sebuah rumah jiran.

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk rawatan dilaporkan dalam keadaan stabil.

 
14ba5388585ff9c44261f5168ea8920669522b9a5e099

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayaah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar

Siasatan awal berhubung kes letupan dipercayai menggunakan peranti letupan buatan sendiri (IED) di kawasan parkir dekat Desa Palma, Nilai minggu lepas setakat ini tidak menunjukkan sebarang unsur ekstremisme.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata siasatan mendapati kes itu berkemungkinan kejadian terpencil dan tidak berkait dengan mana-mana rangkaian jenayah atau kumpulan terancang.

“Kes ini berkemungkinan kejadian terpencil... bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan secara menyeluruh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata bahan dirampas mempunyai unsur letupan, dan siasatan kini tertumpu kepada tujuan ia disimpan, sasaran yang mungkin terlibat serta kemungkinan pembabitan pihak lain.

“Latar belakang suspek masih disiasat, dan usaha merakam percakapan sedang diambil namun proses itu bergantung kepada keadaan kesihatan suspek yang masih menerima rawatan di hospital.

“Suspek masih ditahan di hospital, dan kita menunggu laporan perubatan bagi menentukan keupayaannya untuk memberi keterangan,” katanya sambil menambah suspek kini direman hingga 3 Jan depan bagi membantu siasatan, dan menegaskan bahawa polis memerlukan ruang serta masa untuk melengkapkan siasatan kerana sebarang kenyataan awal mungkin boleh menjejaskan siasatan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan bahawa lelaki berusia 62 tahun itu ditahan di Batang Benar, Nilai dalam keadaan lemah dan mengalami kecederaan melecur selepas dipercayai bersembunyi di kawasan hutan sejak kejadian letupan berkenaan.

Beliau berkata suspek dijumpai hasil maklumat orang awam yang memasuki kawasan itu sebelum menghubungi polis sekali gus membawa kepada penahanan lelaki terbabit bersama sebuah motosikal dan beberapa IED.

Suspek menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan keadaan kesihatannya belum mengizinkan pihak polis merakam percakapan setakat ini.

 
686759d4860541bc6c62c67297c5e4af693925ecea689

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad

Polis telah merakam keterangan 18 saksi setakat ini berhubung kejadian letupan disyaki menggunakan bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) di kawasan Desa Palma, Nilai pada 22 Dis lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata kesemua saksi termasuk orang awam dan pasukan perubatan dipanggil bagi membantu siasatan kes melibatkan suspek lelaki berusia 62 tahun yang disyaki terbabit dengan kejadian itu.

“Kita tidak menolak kemungkinan akan ada saksi lain dipanggil untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan ini.

“Motif kejadian masih belum dipastikan, dan suspek yang mengalami kecederaan masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar di sini... dia masih lemah namun dilaporkan stabil... hari ini, kita akan sambung soal siasat,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata orang ramai dinasihat supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana dikhuatiri akan mengganggu proses siasatan dan masyarakat diminta terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Alzafny berkata suspek ditahan di Batang Benar, Nilai pada 4.15 petang dua hari lepas dengan kesan melecur pada muka, badan, tangan serta kaki, dan ditahan reman selama seminggu hingga 3 Jan depan.

Beliau juga berkata suspek bergerak secara sendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas atau gengsterisme.

Suspek dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan berdasarkan penemuan peranti serta peralatan yang dirampas di rumah sewanya.

 
e4d7862a3f0902d8bc58b3046de960106953575a35ed3

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad menjawab pertanyaan wartawan selepas Majlis Pelancaran Pasukan Tindak Balas Bencana Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kontinjen Negeri Sembilan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan hari ini.

Polis menahan sembilan individu yang disyaki terlibat dengan kes pergaduhan berkumpulan bersenjata di Lukut, Port Dickson, Sabtu lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata kesemua lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu ditahan di sekitar Port Dickson dengan tangkapan pertama dalam tempoh 24 jam manakala bakinya pada keesokan hari serta semalam.

“Kita masih memburu seorang lagi suspek berhubung kes itu dan sekiranya ditahan kita percaya semua individu dikehendaki berjaya ditangkap.

“Sebahagian daripada mereka yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau. Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 326/427 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasukan Tindak Balas Bencana Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua empat mangsa yang saling mengenali termasuk seorang kanak-kanak yang cedera akibat kejadian itu sedang menerima rawatan di hospital dan dilaporkan stabil.

Dalam perkembangan lain, Alzafny berkata polis masih menyiasat motif sebenar berhubung kejadian letupan disyaki menggunakan bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) di kawasan Desa Palma, Nilai pada 22 Dis lepas.

"Suspek lelaki berusia 62 tahun sebelum ini dirawat di Zon Merah Hospital Tuanku Ja’afar dan difahamkan telah berpindah wad. Pasukan soal siasat kita memang sentiasa berada di sana untuk mendapatkan keterangannya,” katanya.

Beliau berkata Unit Pemusnah Bom telah mengesahkan kejadian letupan berkenaan berpunca daripada kesilapan pengendalian bahan letupan dan suspek dipercayai bergerak secara bersendirian dengan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sebelum ini, Alzafny berkata suspek ditahan di Batang Benar, Nilai pada 4.15 petang dengan kesan melecur pada muka, badan, tangan serta kaki dan ditahan reman selama seminggu hingga 3 Jan.

 
Dendam Cinta Terputus Punca Warga Emas Hasilkan Bahan Letupan Buatan Sendiri

03.01.2026 - Suspek utama yang dikaitkan dengan kejadian letupan membabitkan bahan letupan buatan sendiri (IED) pada 22 Disember lalu dipercayai menghasilkan peranti berkenaan kerana perasaan dendam. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, daripada soal siasat yang dijalankan terhadap suspek, warga emas itu dikatakan berdendam dengan bekas teman wanitanya.

"Buat masa ini pihak kami masih lagi menjalankan soal siasat terhadap suspek kerana kesihatannya tidak mengizinkan dan masih dirawat, namun dalam keadaan stabil. Berdasarkan soal siasat, suspek mengaku menghasilkan IED berkenaan kerana berdendam dengan bekas teman wanitanya. Mereka dikatakan berpisah sejak lima tahun lalu," katanya ketika dihubung, hari ini.


Beliau berkata, dalam masa sama keterangan suspek juga tidak konsisten memandangkan keadaan kesihatannya selain beberapa elemen siasatan lain sukar diperolehi.

"Bagaimanapun, berdasarkan keterangan saksi iaitu jiran kepada suspek mengatakan warga emas ini memang menghadapi kemurungan akibat berpisah dengan teman wanita. Suspek sering bercerita kepada saksi mengenai teman wanitanya. Keterangan ini mengukuhkan pengakuan suspek mengenai dendam ke atas bekas kekasihnya," katanya.

Justeru itu, kata beliau, pihaknya membuat permohonan untuk menyambung reman terhadap lelaki itu hari ini bagi melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan.

"Permohonan sambung reman ke atas suspek dibacakan di hadapan Majistret Sara Afiqah Zulkipli bertempat di Wad 3B, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, hari ini. Permohonan sambung reman dibenarkan selama tujuh hari bermula esok sehingga hingga 10 Januari depan," katanya.
1767427713640.png
 
44f89514ff0c9beb3050ac40f546a3666958d002b9543

Gambar fail

Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes menggunakan bahan letupan buatan sendiri (IED) di Desa Palma, Nilai dipercayai menghasilkan peranti berkenaan akibat marah dan berdendam terhadap bekas teman wanita yang meninggalkannya sejak lima tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata suspek berusia 62 tahun itu sering bercerita mengenai kekecewaan terhadap bekas teman wanitanya itu kepada seorang jiran.

“Bagaimanapun, soal siasat masih diteruskan, namun agak terhad memandangkan keadaan kesihatan suspek yang tidak mengizinkan dan masih dirawat. Setakat ini 24 saksi telah dirakam keterangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, lelaki berkenaan disambung reman selama tujuh hari bermula esok selepas tempoh reman berakhir hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata suspek kes letupan yang berlaku pada pagi 22 Dis itu ditahan di sekitar Batang Benar, Nilai pada 4.15 petang, 27 Dis, dengan kesan melecur pada muka, badan, tangan dan kaki.

Suspek dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan berdasarkan penemuan peranti serta peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki itu.

 

Reman Suspek Kes Letupan Di Nilai Disambung Seminggu​

09246dc05070ec0a2073554ba3222a01695913b731ba7

Datuk Alzafny Ahmad

Reman terhadap lelaki disyaki terlibat kes letupan menggunakan bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) di Desa Palma, Nilai disambung tujuh hari bermula esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata perintah reman terhadap lelaki 62 tahun itu dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkipli di Hospital Tuanku Ja’afar di sini selepas tempoh reman berakhir hari ini.

“Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Alzafny berkata suspek kes letupan yang berlaku pada pagi 22 Dis ditahan di sekitar Batang Benar, Nilai pada 4.15 petang 27 Dis dengan kesan melecur pada muka, badan, tangan dan kaki.

Suspek dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan berdasarkan penemuan peranti serta peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki itu.

 
bayangkan bahan letupan tu diletakkan pd mlm tahun baru, sekitar KL... pengunjung berhimpit2... mmg parah weiii.. bad repo terus org jd takut
 

Letupan Di Nilai: Suspek Berdepan Lima Pertuduhan​

7e02e9ddf972591e6cc6918e0efcb035695f1d49cf445

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya - Kredit: FB - Polis Daerah Nilai

Suspek disyaki terlibat dalam kes menggunakan bahan letupan buatan sendiri (IED) di Desa Palma Nilai pada 22 Dis lepas, bakal berdepan lima pertuduhan.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an itu akan didakwa di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) esok berikutan suspek masih lagi menerima rawatan.

Beliau berkata suspek berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki bahan letupan dalam keadaan yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa diniatkan untuk digunakan bagi menyebabkan kecederaan.

“Bahan letupan berkenaan ditemukan di sebuah unit kediaman di apartment Desa Palma, sebuah kenderaan Proton Wira diparkir di kawasan Star Valley Nilai, di tepi jalan utama Kampung Batang Benar, Mantin.

“Suspek turut berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 4 akta sama dan pertuduhan bagi Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menggunakan bahan letupan sehingga menyebabkan kerosakan ke atas sebuah kenderaan awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Johari berkata kejadian itu diklasifikasikan sebagai kes berprofil keselamatan tinggi dan pihak polis telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terjamin.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian berkenaan melibatkan penggunaan serta pemilikan bahan letupan berbahaya yang menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan awam selain menyebabkan kerosakan harta benda.

Menurut Johari, siasatan menyeluruh dijalankan termasuk analisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV), keterangan saksi awam, pemeriksaan forensik serta tindakan Unit Pemusnah Bom (UPB).

“Polis memandang serius sebarang perbuatan melibatkan bahan letupan dan ancaman terhadap keselamatan awam, dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti sedemikian,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register