BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Nilai gempar bunyi letupan, Suspek Berdepan Lima Pertuduhan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201


14131145329581357-356278.jpg

14131145329581357-356280.jpg

14131145329581357-356281.jpg

14131145329581357-356283.jpg

14131145329581357-356284.jpg


Penduduk gempar bunyi letupan


NILAI - Penduduk di kawasan Desa Palma di sini panik seketika apabila digemparkan dengan bunyi letupan awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan kecemasan sekitar jam 6.30 pagi.

"Pasukan kami terus bergegas ke lokasi dan pemeriksaan telah menemui banyak paku atas jalan dan beberapa kenderaan yang terkena serpihan letupan di salah satu blok.

"Kita turut mendapatkan bantuan bomba bagi membantu siasatan. Siasatan lanjut diteruskan termasuk mengenal pasti objek yang meletup," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Menurutnya, polis juga sedang mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian dan Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan akan memberikan maklumat lanjut berkaitan kes ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

Artikel : Sinar Harian
 
22.12.2025 - Polis mengesahkan penemuan tiga objek disyaki peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) susulan satu kejadian letupan yang berlaku di kawasan Desa Palma, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 7.08 pagi selepas anggota bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dimaklumkan oleh orang awam mengenai kewujudan objek meletup serta paku yang bertaburan di kawasan berkenaan melalui panggilan sistem tindak balas kecemasan digital (NG MERS 999). Menurut beliau, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati letupan dipercayai berpunca daripada sebuah kenderaan berdasarkan keterangan saksi awam.

“Susulan itu, polis menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas rumah-rumah berhampiran dan hasil pemeriksaan di salah sebuah rumah telah menemukan tiga objek disyaki sebagai IED,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kira-kira 250 meter dari lokasi kejadian, pihak polis turut menemui sebuah kenderaan yang disyaki menjadi punca letupan.
1766408752098.png
 
wow..ini kes bahaya.,...
 
14131322010409693-356454.jpg

14131322010409693-356455.jpg

14131322010409693-356456.jpg

14131322010409693-356457.jpg

14131322010409693-356458.jpg

14131322010409693-356459.jpg

14131322010409693-356460.jpg

14131322010409693-356461.jpg

14131322010409693-356462.jpg



NILAI – Polis Negeri Sembilan mengesahkan penemuan beberapa objek disyaki peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) susulan kejadian letupan yang berlaku di kawasan Desa Palma, di sini, pada Isnin.


"Sepasukan polis segera digerakkan ke lokasi kejadian dan hasil maklumat saksi awam mendapati letupan dipercayai berpunca daripada sebuah kenderaan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas rumah-rumah berhampiran telah membawa kepada penemuan tiga objek disyaki IED di dalam salah sebuah rumah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, kira-kira 250 meter dari lokasi kejadian, polis turut menemui kenderaan yang disyaki menjadi punca letupan terbabit.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan turut menemui beberapa peralatan dan bahan yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

"Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan," katanya.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

"Polis akan terus memantau perkembangan kes dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,"katanya.
 
1e631d8bcd677aa162f0574a464f836d694e3ba7def18

b359ffb02285afc3b28c60d30d5f491b694e3b958c0e2

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, menunjukkan rakaman terakhir suspek yang dikehendaki melarikan diri dengan menaiki motorsikal biru susulan kejadian letupan di kawasan Desa Palma pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, hari ini.

Suspek yang terbabit dalam kejadian letupan di kawasan Desa Palma, Nilai, dekat sini pada 22 Dis lepas dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata hal itu berdasarkan penemuan peranti dan peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki yang dikenali sebagai Yeoh Hock Sun, 62, itu termasuk alat pencetus letupan, bahan pencuci mudah bakar dan karbon selain unsur belerang.

“Siasatan mendapati suspek yang turut dikenali sebagai 'Ayang' mempunyai pengetahuan dalam bidang kimia dan pernah bekerja di kilang farmaseutikal selama tiga tahun sebelum ini selain berpengetahuan dalam bidang teknologi maklumat (IT).

“Penilaian terhadap bahan letupan itu mendapati bahan terbabit berada dalam keadaan sempurna, iaitu dari segi penyediaan bahan dan peranti yang digunakan termasuk pemasa dan sensor selain kegiatan itu dipercayai dilakukan sejak enam bulan lepas,” katanya pada sidang media kes terbabit di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu turut diklasifikasikan sebagai individu berbahaya dan amat dikehendaki kerana dipercayai terlibat secara langsung dalam penyediaan bahan letupan terbabit selain mempunyai satu kes jenayah lampau di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Katanya, pemeriksaan di rumah lelaki itu yang disyaki dijadikan sebagai makmal juga turut menemukan 31 lagi bahan peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvise Explosive Device (IED) dengan kesemuanya telah dimusnahkan polis.

Dalam pada itu, Alzafny berkata hasil pemusnahan yang dilaksanakan Unit Pemusnah Bom mendapati bahan letupan berkenaan mempunyai radius letupan hingga 20 meter, manakala serpihan boleh menjangkau sejauh 30 meter.

“Barang yang digunakan ialah paku dan pisau lipat yang diserpihkan secara halus, jadi melihat kepada penyediaan tersebut, kita tafsirkan bahawa dia mempunyai pengetahuan menyediakan suatu bahan letupan yang sempurna,” katanya.

Alzafny berkata lelaki itu dikategorikan sebagai sangat berbahaya kerana bijak menyembunyikan identiti dengan memakai pelitup muka atau bertopi selain turut mengenakan rambut palsu apabila berada di luar atau dalam kelompok masyarakat.

 
09574af564b3815523451f062f1ec21367695fd8737d4


Polis menahan individu yang disyaki terlibat dalam kejadian letupan, yang berpunca daripada penggunaan bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) di kawasan Desa Palma, Nilai, di sini pada 22 Dis lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata lelaki berusia 63 tahun itu ditahan di sekitar Mantin, petang tadi.

“Ya, lelaki itu sudah ditahan dan dihantar ke hospital kerana cedera, satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat berkaitan penahanan terbabit,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam, Alzafny berkata suspek yang terlibat dalam kejadian itu dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan berdasarkan penemuan peranti dan peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki berkenaan.

Polis turut menemukan 31 lagi IED di rumahnya dan polis telah memusnahkan semua bahan letupan berkenaan.

Pada Isnin lepas, beliau dilaporkan berkata pihaknya menemukan objek disyaki IED susulan kejadian letupan di kawasan Desa Palma, selepas menerima laporan orang awam yang memaklumkan terdapat objek meletup serta paku bertaburan di kawasan itu pada 7.08 pagi.

 
14134752003339293-358147.jpg

14134752003339293-358148.jpg


Lelaki terbabit kes letupan ditahan, polis temui beberapa lagi IED

Seremban: Suspek utama yang ditahan polis hari ini, disyaki terbabit dengan kejadian letupan peranti letupan buat sendiri (IED) di Desa Palma, 22 Disember lalu mempunyai kesan lecur di muka, badan, tangan dan kaki.


"Suspek yang berada dalam keadaan lemah ketika ditahan, kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alzafny berkata, pihak polis turut merampas sebuah motosikal dan beberapa objek disyaki IED di lokasi sama ketika suspek ditangkap.

Justeru katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan terima kasih atas kerjasama masyarakat yang membantu dalam usaha mengesan suspek sehingga dia berjaya ditangkap.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini dan terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan yang boleh membantu pihak polis dalam menjalankan siasatan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan polis menemui objek disyaki IED susulan kejadian letupan di kawasan Desa Palma, selepas menerima laporan daripada orang awam.

Kejadian berlaku pada 7.08 pagi dengan saksi memaklumkan terdapat objek meletup serta paku bertaburan di kawasan itu.

Alzafny dilapor berkata, pemeriksaan ke atas rumah sewa suspek utama yang dikenali 'Ayang' menemukan peranti dan peralatan berkaitan IED termasuk alat pencetus letupan, bahan pencuci mudah bakar dan karbon, selain unsur belerang.
 
686759d4860541bc6c62c67297c5e4af693925ecea689

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad

Polis menemukan beberapa objek disyaki bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) bersama lelaki yang ditahan di jalan sekitar Batang Benar, Nilai petang tadi susulan kejadian letupan di kawasan Desa Palma, di sini 22 Dis lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata dalam tangkapan 4.15 petang tadi, polis turut merampas sebuah motosikal dipercayai digunakan suspek berusia 62 tahun itu.

“Pemeriksaan yang dijalankan ke atas tubuh badannya mendapati terdapat kesan kecederaan melecur di bahagian muka, badan, tangan dan kaki.

“Ketika ditahan, dia berada dalam lemah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk diberikan rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan terus menyalurkan maklumat kepada polis selain menzahirkan penghargaan atas kerjasama masyarakat dalam usaha mengesan suspek.

Alzafny petang tadi mengesahkan penahanan individu berkenaan di jalan sekitar kawasan Batang Benar, Nilai hasil maklumat orang awam.

Semalam, Alzafny berkata suspek dikenali sebagai ‘Ayang’ yang terlibat dalam kejadian itu dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan berdasarkan penemuan peranti dan peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki berkenaan.

Polis turut menemukan 31 lagi IED di rumahnya dan telah memusnahkan semua bahan letupan berkenaan.

Pada Isnin lepas, beliau dilaporkan berkata pihaknya menemukan objek disyaki IED susulan kejadian letupan di kawasan Desa Palma, selepas menerima laporan orang awam yang memaklumkan terdapat objek meletup serta paku bertaburan di kawasan itu pada 7.08 pagi.

 
Back
Top
Log in Register