BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Gempar Gajah Ceroboh Taman Perumahan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Penduduk Gempar Gajah Ceroboh Taman Perumahan​

16bcbcf0563154bdc8abbf789f16de736a688a15c9e70

Lebih 2,500 penduduk di Taman Gemilang Peringkat 4 di Bandar Cheneh Baharu dekat sini gempar dengan kemunculan sekumpulan gajah liar di kawasan perumahan berkenaan pada Jumaat lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Peringkat Empat, Cheneh Baharu, Wan Nordin Wan Omar, 63, berkata pencerobohan gajah di kawasan taman perumahan itu merupakan kali kedua pada tahun ini dengan kejadian pertama pada Mei lepas.

Beliau berkata penduduk bimbang kerana kumpulan gajah itu semakin berani dengan menghampiri rumah mereka untuk mencari makanan.

"Aktiviti pembalakan dan perlombongan yang tidak terkawal dipercayai punca haiwan berkenaan bertindak menceroboh kawasan penempatan penduduk.

"Kita harap pihak berwajib mengambil tindakan segera dengan menghalau gajah berkenaan kembali memasuki kawasan hutan berhampiran," katanya ketika ditemui pemberita di taman tersebut di sini hari ini.

Seorang penduduk Johazly Mat Zin, 53, berkata dia terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi bising di bahagian belakang rumah pada 1.30 pagi Jumaat lepas sebelum bangun dan membuka tingkap bilik lalu terlihat beberapa ekor gajah liar sedang memakan pokok pisang.

"Saya hanya mampu memerhati dari dalam rumah kerana bimbang keselamatan keluarga. Mujurlah kumpulan gajah itu beredar tidak lama kemudian," katanya.

Mohd Fazli Mat Yusof, 36, pula berkata lima pekebun mengalami kerugian lebih RM30,000 selepas beberapa batang pokok durian, rambutan, cempedak, nangka dan kelapa serta pagar mereka dirosakkan kumpulan gajah berkenaan.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dennis Ten Choon Yung ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan dan memantau pergerakan kumpulan gajah itu bagi mengelakkan haiwan berkenaan menceroboh kawasan perumahan.

Back
Top
Log in Register