BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

12 Gajah Liar Ancam Penduduk Kampung Bongor Dipindahkan Ke Habitat Asal

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141

12 Gajah Liar Ancam Penduduk Kampung Bongor Dipindahkan Ke Habitat Asal​

8e65af8ba5fac5941d1ccace7b580b036a3264ac72417

c9c0e8111cb3aed1e384988c6c608d1c6a3264e0b5778

bc658044e6616de63256056361b66c486a32650ec189b

96dc7a9935d41d60a389c678ea55754c6a3265903e389

4739dab5044f604b35fd215b9f9eab506a32670f0d7ff

Anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengikat rantai pada seekor gajah liar yang berjaya dipindahkan keluar dengan bantuan dua ekor gajah denak betina iaitu Indah dan Suria pada operasi pemindahan gajah liar di Kampung Bogor, Gerik hari ini.

Seorang suri rumah di Jalan Tok Baling, Kampung Bongor di sini berdepan detik cemas apabila kawasan kebun berhampiran dengan rumahnya diancam sekumpulan gajah liar pada Rabu lepas.

Siti Rasidah Abd Lateh, 43, berkata beliau menyedari sekumpulan gajah membuat bising dan merosakkan tanaman getah serta pisang di kebunnya kira-kira 7 malam.

“Suami saya bertindak membaling mercun beberapa kali ke arah kumpulan gajah itu tetapi tidak diendahkan dan kami menghubungi pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Sebelum ini pernah nampak gajah tetapi cuma seekor. Saya tak pernah jumpa sebanyak ini,” katanya ketika ditemui pada operasi pemindahan gajah liar di kampung berkenaan hari ini.

Ibu kepada dua cahaya mata perempuan itu berkata beliau pernah menerima aduan berkaitan kehadiran hidupan liar lain, termasuk harimau yang didakwa mengganggu ternakan penduduk.

“Kami risau kerana gajah itu datang secara berkumpulan. Harap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan supaya keselamatan penduduk terjamin,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak Mohd Taufik Abdul Rahman berkata hasil pemantauan, pihaknya mendapati terdapat 12 gajah liar di Kampung Bongor.

Beliau berkata kesemua gajah yang dipindahkan secara berperingkat dari kampung itu akan ditempatkan di habitat asal haiwan liar berkenaan, yang jauh dari penempatan manusia.

“Kesemua gajah dewasa dan anak gajah yang ditemui itu dianggarkan berusia kira-kira satu tahun setengah sehingga 35 tahun,” katanya ketika dihubungi.

 
Back
Top
Log in Register