BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhilitan Siasat Aduan Gajah Liar, Penduduk Dinasihat Tidak Hampiri Kawasan Terlibat

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Perhilitan Siasat Aduan Gajah Liar, Penduduk Dinasihat Tidak Hampiri Kawasan Terlibat​

b464570360930950b641452eff822d3b6a8924741654b

Kredit: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu sedang menjalankan siasatan susulan aduan mengenai seekor gajah dilaporkan berkeliaran di Kampung Pengkalan Gelugor, Jeram di sini, semalam.

Pengarah Perhilitan Terengganu Dennis Ten Choon Yung berkata hasil siasatan mendapati gajah tersebut telah memusnahkan tanaman termasuk pisang dan tebu, selain menimbulkan isu keselamatan terhadap penduduk.

Beliau berkata orang awam sehubungan dengan itu, dinasihatkan supaya tidak berada di kawasan terlibat atau menghampiri gajah berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

"Penduduk turut dinasihatkan supaya tidak mengikuti trek gajah, membaling objek atau melakukan sebarang tindakan provokasi, selain memberi laluan sekiranya haiwan berkenaan melintas.

"Penduduk juga diminta memberikan ruang kepada Perhilitan menjalankan kerja-kerja kawalan dan tangkap pindah apabila keadaan mengizinkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata hutan simpan yang terdekat dengan lokasi kejadian ialah Hutan Simpan Belara, Kuala Nerus, namun tiada rekod kehadiran gajah di kawasan berkenaan sebelum ini.

Susulan kejadian itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi keselamatan telah dimaklumkan serta turut membantu dalam kawalan trafik dan pergerakan penduduk di kawasan berkenaan.

"Perhilitan turut menjalankan kawalan dan pemantauan di sekitar lokasi aduan sebelum tindakan tangkap pindah dilaksanakan apabila keadaan sesuai," katanya.

 
Back
Top
Log in Register