BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk gempar dengar bunyi gegaran bawah tanah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141
Geli-gegaran.webp

Pasukan Pusat Pemantauan dan Mitigasi Bencana Tanah Runtuh Gunung Berapi Sulawesi dan Maluku ketika mengesan punca bunyi misteri di Bitung. - Detik

JAKARTA – Penduduk Kota Bitung, wilayah Sulawesi Utara gempar apabila mendengar bunyi gegaran misteri dipercayai berasal dari dalam tanah, lapor laman berita CNBC Indonesia semalam.

Agensi Komunikasi dan Informasi tempatan mengesahkan kejadian itu dan berkata, laporan mengenai fenomena itu telah diterima dan didengari di Lorong 8, Madidir Ure, daerah Madidir.

“Memang benar terdapat laporan tentang bunyi gegaran misteri yang datang dari bawah tanah,” kata Ketua Agensi Komunikasi dan Informatik Bitung, Altin Abraham Tumengko.

Sementara itu, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) berkata, keputusan penyiasatan intensif yang dijalankan melalui pemerhatian lapangan dan kajian teknikal menunjukkan bahawa bunyi tersebut tidak berkaitan dengan aktiviti geologi.

Bagaimanapun, ia dicetuskan oleh tekanan air dalam rangkaian paip bawah tanah.

“Daripada keputusan ujian lapangan pasca perobohan, didapati bahawa bunyi itu disebabkan oleh aliran air bertekanan tinggi di dalam paip, yang mencetuskan getaran yang didengari oleh penduduk sebagai bunyi misteri,” katanya. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register