BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Putrajaya Diminta Tidak Panik Bunyi Letupan Meriam Pada 3 Dan 5 Jun

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Penduduk Putrajaya Diminta Tidak Panik Bunyi Letupan Meriam Pada 3 Dan 5 Jun​

d38ad2b5767ea867629cd8a4a89d982d6a1bb34e5cee3

Gambar Fail

Orang ramai khususnya penduduk di sekitar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di Putrajaya dinasihatkan supaya tidak panik apabila mendengar bunyi letupan meriam pada 3 dan 5 Jun ini.

​Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata bunyi letupan itu susulan pelaksanaan tembakan meriam oleh Angkatan Tentera Malaysia bersempena Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, di Presint 1.

​Beliau berkata dua das tembakan meriam akan dilepaskan pada sesi raptai penuh bermula 8.30 pagi, Rabu ini (3 Jun).

“Pada acara sebenar iaitu Jumaat (5 Jun) sebanyak 21 das tembakan akan dilepaskan pada waktu yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidi Sham berkata tiga laluan utama juga akan ditutup sementara bermula 7 pagi iaitu Jalan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Jalan Lebuh Perdana Timur dan laluan di sekitar Kompleks E.

Beliau berkata kesesakan lalu lintas dijangka berlaku di lokasi terbabit dari 7 hingga 10 pagi, justeru pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan polis, merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

 
Back
Top
Log in Register