combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,148
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,148
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kerajaan akan memberikan Pendidikan Percuma Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), mulai tahun hadapan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan itu, melibatkan peruntukan RM120 juta setahun bagi keluarga miskin, iaitu pendapatan isi rumah kurang dari RM2,705.
“PTPTN lahir daripada iltizam mengeluarkan anak bangsa daripada kancah kemiskinan melalui pendidikan.
“Jadi ini satu permulaan yang berani yang belum difikirkan dulu dan kita harap ini dapat ditingkatkan mengikut keupayaan kewangan negara berikutnya.
Kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua mahasiswa yang perolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA daripada keluarga pendapatan rendah dan menengah, yang akan memberi manfaat sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan RM90 juta setahun.
Anwar berkata kerajaan juga akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu bayar dan bekerja di luar negara, tetapi culas membuat bayaran balik.
Selain itu, kerajaan bersetuju menambah 1,500 lagi unjuran tempat bagi Ijazah Sarjana Muda dalam 10 bidang pengajian di lima universiti penyelidikan, antaranya undang-undang, perakaunan, ekonomi, perbankan, kewangan Islam, kecerdasan buatan (AI) serta bahasa.
“Kerajaan juga prihatin kepada kegusaran ramai pelajar cemerlang terutama lulusan STPM untuk mendapat tempat di IPT terpilih,” kata Perdana Menteri.
Bagi memperkasakan bidang perubatan, Anwar berkata kerajaan bersetuju melaksanakan dua projek kerjasama awam-swasta iaitu Pembangunan Teknopolis Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya Health Metropolis, untuk membangunkan Hospital di Petaling Jaya dengan kerajasama Kerajaan Negeri Selangor.
Pendidikan Percuma PTPTN Kepada 5,800 Anak Keluarga Miskin Mulai Tahun Hadapan
Anwar Ibrahim, Belanjawan 2026, pendidikan percuma