BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PTPTN Pastikan Inisiatif Pendidikan Percuma Sampai Kepada Golongan Sasar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
0cfc1f001a58a26549b86eeea91cdb8f67dbc7dea6fab

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Seri Norliza Abdul Rahim

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan inisiatif biasiswa/pendidikan percuma kepada 10,000 pelajar miskin tegar di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035  dilaksana secara berkesan dan menyeluruh kepada golongan sasar.

Pengerusinya Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata peningkatan hampir dua kali ganda bilangan penerima manfaat itu diyakini mampu memberi peluang pendidikan kepada anak-anak daripada keluarga miskin tegar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Langkah ini, sekali gus memutuskan rantaian kemiskinan melalui pendidikan sebagai pemangkin utama mobiliti sosial dan pembangunan modal insan negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengumuman inisiatif berkenaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan RPTM mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan ekses kepada pendidikan tinggi yang inklusif, saksama dan berkualiti dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, khususnya golongan miskin tegar.

Perdana Menteri dalam ucapannya ketika pelancaran RPTM pada Selasa mengumumkan inisiatif pendidikan percuma PTPTN ditingkatkan kepada 10,000 pelajar daripada keluarga miskin tegar dalam data e-Kasih, berbanding 5,800 di bawah Belanjawan 2026.

 
Back
Top
Log in Register