BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BUDI Diesel Minimumkan Ketirisan, Pastikan Agihan Bersasar Kepada Golongan Layak

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

BUDI Diesel Minimumkan Ketirisan, Pastikan Agihan Bersasar Kepada Golongan Layak​

31df8f5dce41d42c294516d599d8c3dc6a43bd9248dbe


Pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada harga RM2.10 seliter menerusi mekanisme MyKad bermula 1 Julai, dilihat mampu mengurangkan ketirisan subsidi kerajaan, sekali gus memastikan bantuan disalurkan terus kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Penganalisis ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata pendekatan subsidi bersasar lebih mampan berbanding subsidi pukal, kerana ia membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan secara lebih tepat kepada kumpulan sasar.

“Melalui pendekatan subsidi harga bersasar, golongan yang bergantung kepada bahan api tersebut untuk bekerja atau menjalankan perniagaan termasuk pengusaha yang menggunakan jentera dan mesin berasaskan diesel, dapat menikmati kos operasi yang lebih rendah secara langsung,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ahmed Razman berkata subsidi bersasar mempunyai peranan berbeza daripada bantuan tunai. Bantuan tunai memberi fleksibiliti kepada isi rumah untuk menguruskan perbelanjaan harian, manakala subsidi harga berfungsi mengawal kos pengeluaran, logistik dan pengangkutan.

Bagaimanapun, beliau berkata kejayaan pelaksanaan BUDI Diesel bergantung kepada ketepatan data penerima serta keupayaan sistem teknologi menyokong proses pengagihan, khususnya di kawasan luar bandar yang berdepan kekangan capaian Internet.

“Cabaran untuk pastikan BUDI diesel ini adalah dari segi data penerima yang layak dan sentiasa dikemas kini, supaya tidak ada yang mengadu terlepas pandang. Mekanisme maklum balas atau rayuan mesti dilaksanakan dengan cepat dan telus, kerana keberkesanan BUDI diesel ini bergantung kepada data yang tepat,” katanya.

Ahmed Razman berkata pelaksanaan subsidi bersasar juga berpotensi mengurangkan beban fiskal kerajaan, kerana ia mengehadkan manfaat subsidi kepada kumpulan yang layak, sekali gus mengelakkan golongan berpendapatan tinggi dan warga asing daripada turut menikmati bantuan tersebut.

“Penjimatan ini memberi ruang kepada kerajaan memfokuskan dana kepada sektor berimpak tinggi seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan infrastruktur. Pertumbuhan ini boleh diukur melalui kadar inflasi yang terkawal dan kos sara hidup yang kompetitif,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register