BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemilik Pikap, Jip Yang Layak Perlu Mohon Tambahan 100 Liter BUDI Diesel

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pemilik Pikap, Jip Yang Layak Perlu Mohon Tambahan 100 Liter BUDI Diesel​

88cf49c3e34e8682e174af0d34f4d1e369df474118525


Pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang layak tetapi belum memohon tambahan kelayakan BUDI Diesel sebanyak 100 liter sebulan perlu berbuat demikian menerusi portal BUDI MADANI.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tambahan itu membolehkan jumlah kelayakan bulanan mereka dinaikkan daripada 300 kepada 400 liter mulai esok.

Pemilik yang telah memperoleh kelulusan bagi tambahan 100 liter sebelum ini pula tidak perlu mengemukakan permohonan baharu.

“Bagi pemilik pikap dan jip yang telah diluluskan tambahan 100 liter sebelum ini, kelayakan mereka akan diselaraskan secara automatik kepada 400 liter mulai 1 Sept 2026,” menurut kenyataan itu.

Permohonan bagi tambahan kelayakan itu boleh dibuat menerusi portal https://www.budimadani.gov.my/.

Menurut MOF, lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip layak memohon tambahan berkenaan.

Sementara itu, had kelayakan asas bulanan BUDI MADANI akan diselaras semula daripada 200 kepada 300 liter mulai esok seperti diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Amanat Perdana Ambang Merdeka 2026.

Pelarasan itu akan dilaksana secara automatik kepada penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), tertakluk kepada kelayakan masing-masing.

Seramai 16 juta pengguna menikmati RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter manakala lebih 700,000 daripada mereka turut layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter.

 
Back
Top
Log in Register