Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Pendeposit Tetap Yakin Peranan TH Sebagai Pemegang Amanah Tunai Impian Ke Tanah Suci
Biarpun nama Lembaga Tabung Haji (TH) kembali menjadi sorotan susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu pengurusan dan operasinya, keyakinan pendeposit terhadap institusi itu sebagai “pemegang amanah” untuk merealisasikan impian mereka ke Tanah Suci kekal tidak berganjak.
Bagi majoriti umat Islam di Malaysia, TH bukan sekadar institusi kewangan, tabungan dan pelaburan biasa, sebaliknya ia memikul amanah besar membantu pendeposit menyempurnakan tanggungjawab agama dan spiritual yang sangat mendalam.
Perkara itu diakui tukang jahit Atiqah Shah Hadi, 40, yang kekal meletakkan sepenuh kepercayaan kepada institusi berkenaan untuk menguruskan simpanannya sejak puluhan tahun lepas.
“Seingat saya, sejak kecil lagi ayah sudah buka akaun TH untuk saya dan saya pernah lakukan semakan satu masa dahulu di satu cawangan TH. Jangkaan giliran saya untuk menunaikan ibadah haji adalah pada 2033.
“Semestinya saya akan terus melakukan tabungan di TH bagi memastikan apabila tiba waktunya nanti atau tiba rezeki saya untuk menjadi jemaah haji di bawah TH, saya sudah mempunyai simpanan yang mencukupi,” katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, penjawat awam Muhammad Haikal Abdul Halim, 35, berkata beliau mengambil maklum mengenai isu yang melingkari institusi penting dalam menguruskan hal ehwal berkaitan rukun Islam kelima itu, namun selaku pendeposit, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk mengeluarkan simpanan sedia ada.
“Malah saya berhasrat dalam masa terdekat untuk melakukan pemotongan terus daripada gaji bulanan untuk didepositkan ke akaun TH kerana jika mengikut giliran, saya dijangka berpeluang mengerjakan haji pada 2032, maka persiapan harus dibuat daripada sekarang,” katanya.
Muhammad Haikal dalam pada itu turut berazam untuk membuka akaun simpanan TH buat tiga orang anaknya yang berusia tujuh, empat dan tiga tahun.
Loading…
www.bernama.com