BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sim Bantu Keluarga Anak Palsi Serebrum Tunai Impian Bercuti Ke Kuala Lumpur

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sim Bantu Keluarga Anak Palsi Serebrum Tunai Impian Bercuti Ke Kuala Lumpur​

637395712dc688dfaba45b89512b4dea6a96b3e42da76

c45bdf133c569e6e2a2f0dfceb68beb76a96b3f29014f

kredit: Pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong

Kesukaran sebuah keluarga membesarkan anak yang menghidap palsi serebrum, autisme dan kelewatan perkembangan mendapat perhatian Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong yang tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.

Sim berkata beliau menyampaikan bantuan RM5,000 kepada pasangan Mohd Shaiful Anuar Samsudin, 40, dan Hasmahani Osman, 40, selain bersetuju menanggung kos Ankle-Foot Orthosis (AFO), iaitu pendakap khas untuk kaki bawah dan buku lali bernilai kira-kira RM2,000 untuk anak mereka Muhammad Yusuf.

Beliau berkata Muhammad Yusuf yang berusia tujuh tahun adalah kembar kepada Muhammad Umar dan memerlukan perhatian serta rawatan susulan berikutan keadaannya yang menghidap palsi serebrum, autisme dan kelewatan perkembangan.

“Setiap kali temu janji hospital, beliau (Hasmahani) kena bawa Muhammad Yusuf pergi rawatan. Kadang-kadang duit minyak pun jadi beban tetapi mereka tidak pernah merungut dan terus berusaha bersungguh-sungguh demi masa depan anak-anak,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata Mohd Shaiful Anuar bekerja sebagai pembantu gudang di City-Link Express dengan pendapatan kira-kira RM1,700 hingga RM1,900 sebulan manakala isterinya adalah suri rumah sepenuh masa yang menjaga kedua-dua anak mereka.

Menurut Sim, kos susu, lampin dan rawatan Muhammad Yusuf yang tinggi menyebabkan pasangan berkenaan adakalanya terpaksa meminjam wang daripada adik-beradik untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Beliau berkata kisah keluarga itu dibawa kepada perhatiannya oleh sebuah laman media sosial sebelum beliau mengambil keputusan menziarahi mereka ketika pasangan berkenaan membawa anak kembar mereka beriadah di sebuah taman.

Dalam pertemuan itu, Sim turut bertanyakan impian keluarga berkenaan sebelum Muhammad Umar menyuarakan hasrat untuk bercuti di Kuala Lumpur.

“Masa saya tanya apa impian Kak Hani, tiba-tiba Muhammad Umar dengan mata bersinar-sinar kata, ‘Kami teringin nak pergi bercuti di Kuala Lumpur’. Saya senyum sebab saya tahu impian kecil macam ini boleh jadi kenangan besar untuk mereka,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register