BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebakaran Kampung Gok Kapur: Simpanan RM20,000 Jadi Abu, Impian Keluarga Musnah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

Kebakaran Kampung Gok Kapur: Simpanan RM20,000 Jadi Abu, Impian Keluarga Musnah​

1d0183990aeee1868cb22b11bb0cf6d16a2792f984733


Simpanan tunai RM20,000 yang dikumpul sedikit demi sedikit selama lebih sedekad lenyap dalam sekelip mata, apabila rumah didiami sebuah keluarga di Kampung Gok Kapur, di sini, musnah dalam kebakaran yang melanda penempatan itu semalam.

Lebih menyayat hati, wang yang disimpan sebagai bekalan masa depan keluarga berkenaan hangus bersama kediaman mereka, menyebabkan pasangan suami isteri itu kini bukan sahaja kehilangan tempat berteduh, malah terpaksa memulakan kehidupan dari awal.

Mohd Khairul Azwan Annuar, 34, berkata ketika kejadian beliau yang bekerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat pemasangan kanopi sedang bertugas di Bachok sebelum menerima panggilan daripada isterinya Siti Saidah Mohd Kamsi, 33, yang memaklumkan rumah mereka terbakar.

“Sebaik menerima panggilan itu, saya terus bergegas pulang, namun apabila tiba rumah sudah hangus sepenuhnya. Isteri saya hanya sempat menyelamatkan dokumen-dokumen penting.

“Wang tunai RM20,000 yang kami kumpulkan sedikit demi sedikit sejak lebih 10 tahun lalu turut musnah dalam kebakaran itu,” katanya kepada media di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata wang berkenaan disimpan di rumah, kerana lebih mudah digunakan apabila diperlukan tanpa perlu mengeluarkannya daripada bank.

Bapa kepada tiga anak itu berkata kebakaran berkenaan turut memusnahkan sebuah rumah yang dijadikan kedai runcit milik isterinya, selain sebuah rumah yang didiami bapa saudaranya Mat Jusoh, 83, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal.

“Saya masih buntu memikirkan nasib keluarga selepas kehilangan rumah yang kami diami lebih 30 tahun. Buat masa ini, saya, isteri dan tiga anak terpaksa menumpang di Masjid Banggol sementara memikirkan langkah seterusnya.

“Saya berharap ada pihak dapat menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kami sekeluarga serta mangsa-mangsa lain yang kehilangan hampir segala-galanya dalam kejadian ini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register