BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Muhammad V Berkenan Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146

Sultan Muhammad V Berkenan Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur​

2977fd9d6cfc4054aa4a000f6256c0bf6a2a1b60a3609

Kredit Gambar : Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan Mohd Asri Mat Daud

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan berangkat menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Gok Kapur di sini malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Mohd Asri Mat Daud berkata keberangkatan Sultan Muhammad V pada saat rakyat berdepan ujian dan kesusahan melambangkan manifestasi kasih sayang seorang pemerintah yang sentiasa dekat di hati rakyat.

“Kehadiran baginda bukan sahaja membawa semangat dan kekuatan kepada mangsa yang terlibat, malah menjadi sumber ketenangan serta pengharapan kepada seluruh penduduk yang terkesan.

“Sesungguhnya, rakyat menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keprihatinan Sultan Muhammad V yang berkenan turun padang meninjau sendiri keadaan mangsa serta menzahirkan rasa simpati dan dukacita terhadap musibah yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya malam tadi.

Dalam lawatan itu, baginda turut menzahirkan rasa simpati dan dukacita yang mendalam atas musibah yang menimpa dan berharap agar semua mangsa tabah menghadapi dugaan ini.

Pada Isnin lepas, sebanyak 27 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Gok Kapur manakala punca kejadian masih dalam siasatan pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register