BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakaman Saksi Bantu Siasatan Kebakaran Gok Kapur

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,711
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,711
Reaction score
97
Points
80

Rakaman Saksi Bantu Siasatan Kebakaran Gok Kapur​

ff39fd0604a4a86ec097a8a45f2d99f96a26a171b1398

Kredit : JBPM Kelantan

Rakaman dan keterangan saksi berada di lokasi kebakaran Kampung Gok Kapur menjadi antara petunjuk penting dalam siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian yang memusnahkan 27 rumah pada Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Farhan Sufyan Borhan berkata pihaknya sedang meneliti semua maklumat diperoleh daripada penduduk serta individu yang menyaksikan kejadian itu bagi membantu melengkapkan siasatan.

“Kita telah mengambil beberapa rakaman daripada saksi dan individu yang berada di lokasi ketika kejadian berlaku. Semua maklumat itu sedang diteliti bagi membantu mengenal pasti punca kebakaran.

“Selain itu, empat sampel turut diambil dari lokasi kejadian dan telah dihantar ke makmal semalam untuk dianalisis,” katanya kepada Bernama hari ini.

Farhan Sufyan berkata keputusan analisis makmal dijangka diperoleh dalam minggu ini, sekali gus membantu pihaknya mengesahkan punca kebakaran yang mengakibatkan puluhan keluarga kehilangan tempat tinggal.

 
Back
Top
Log in Register