BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TH Perlu Perkukuh Akauntabiliti, Pulih Keyakinan Pendeposit - Pakar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

TH Perlu Perkukuh Akauntabiliti, Pulih Keyakinan Pendeposit - Pakar​

135ea8dc1c13333f4868a247ad978dce6a76fc7550dac


Lembaga Tabung Haji (TH) perlu beralih daripada akauntabiliti individu kepada akauntabiliti berinstitusi bagi memastikan keputusan besar berkaitan institusi itu tidak lagi bergantung pada pengaruh, kebijaksanaan atau kehendak individu tertentu.

Pakar kewangan Islam Prof Madya Dr Rozita@Uji Mohammed berkata inti pati persoalan yang dibangkitkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menuntut TH untuk memperincikan semula "jejak kuasa" dalam setiap keputusan pelaburan bagi menjamin integriti dana pendeposit.

Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah itu berkata setiap keputusan besar yang mempunyai impak material terhadap dana perlu disandarkan kepada Investment Decision Accountability Matrix yang menetapkan had kuasa pada setiap peringkat pembuat keputusan.

“Setiap keputusan besar perlu mempunyai jejak kuasa dan tanggungjawab, iaitu siapa mencadang, siapa menilai, siapa melulus, siapa memantau dan siapa yang bertanggungjawab," katanya kepada Bernama.

Rozita berkata TH tidak boleh sekadar berperanan sebagai rubber stamp kepada pengurusan, sebaliknya perlu berkemampuan menunjukkan maklumat yang diterima, alternatif yang dipertimbangkan, risiko yang dibincangkan, konflik kepentingan yang dikenal pasti serta alasan sesuatu keputusan dibuat.

Rozita berkata akauntabiliti tersebut perlu bermula seawal proses pelantikan menerusi penilaian fit and proper atau kriteria yang telus merangkumi aspek kompetensi, integriti, kebebasan, literasi kewangan, kesedaran syariah dan rekod prestasi, selain mekanisme yang jelas untuk menilai semula atau menamatkan pelantikan jika kriteria itu tidak lagi dipenuhi.

“Selain itu, pengurusan konflik kepentingan secara tegas termasuk pengisytiharan kepentingan, kewajipan menarik diri daripada proses membuat keputusan dan merekodkan tindakan itu dalam minit mesyuarat juga penting kerana konflik kepentingan yang tidak didedahkan antara punca kegagalan tadbir urus.

“TH juga memerlukan fungsi independent challenge yang membolehkan cadangan pelaburan besar dicabar secara bebas termasuk apabila cadangan itu datang daripada pihak berautoriti tinggi. Dalam masa sama, akauntabiliti mesti merangkumi berita yang kurang baik, melalui ujian tekanan, analisis senario, had risiko, petunjuk amaran awal dan pencetus tindakan keluar,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register