BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TH Tegaskan Pelunasan Zakat Bagi Pendeposit Sah, Patuh Hukum Syarak

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

TH Tegaskan Pelunasan Zakat Bagi Pendeposit Sah, Patuh Hukum Syarak​

28952bc49f59ca50f159c2b6ab2dff6369d211597f62d


Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan status pelunasan zakat bagi pihak pendeposit adalah sah dan telah dilaksanakan dengan sempurna, sekali gus menepis sebarang keraguan berhubung amalan pembayaran zakat institusi itu.

TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan Jawatankuasa Penasihat Syariah (JPS) TH dalam mesyuaratnya pada 2 Sept 2020 berpandangan, status pembayaran zakat bagi pendeposit untuk tahun-tahun sebelum konsep wakalah diperkenalkan pada 2019 adalah sah dan mematuhi hukum syarak.

Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 3 Mei 1979 menetapkan bahawa TH merupakan institusi yang tidak diwajibkan membayar zakat ke atasnya, namun wajib melunaskan zakat bagi pihak pendeposit.

“TH telah secara konsisten menunaikan kewajipan membayar zakat bagi pihak pendeposit selaras dengan ketetapan ini.

“Berhubung pembayaran zakat bagi tahun-tahun semasa kontrak Wadiah Yad Damanah digunakan (2016-2019), pada hakikatnya zakat yang dikeluarkan itu adalah zakat perniagaan (secara khultah) bagi pihak pendeposit ke atas kumpulan wang pendeposit yang diniagakan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan perkara berkenaan berasaskan kepada pertimbangan bahawa TH tidak diwajibkan membayar zakat ke atas institusi itu, tidak mempunyai pemegang saham dan keseluruhan aset yang diniagakan dijana sepenuhnya daripada dana pendeposit.

Sehubungan itu, menurut TH, kesemua zakat yang dibayar pada setiap masa adalah bagi pihak pendeposit, justeru mereka tidak perlu lagi mengeluarkan zakat ke atas dana deposit yang sama kerana ia akan mengakibatkan pertindihan zakat ke atas harta yang sama, yang tidak selaras dengan prinsip syariah.

Berhubung syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH supaya perkara berkaitan amalan zakat TH dibawa kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), TH menegaskan amalan zakat institusi itu telah dibentangkan dan diperakui oleh Jawatankuasa Muzakarah berkenaan pada Jun 2024.

“Pandangan Jawatankuasa Muzakarah tersebut seterusnya telah disembah maklum kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-267 pada Oktober 2024.

 
Back
Top
Log in Register