BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal Zakat Pulau Pinang - MAINPP nafi tohmahan, tegaskan bantuan asnaf, perolehan tanah patuhi syarak

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266

MAINPP nafi tohmahan, tegaskan bantuan asnaf, perolehan tanah patuhi syarak​



Kenyataan media MAINPP berhubung isu bantuan khas dan perolehan tanah yang sedang tular di media sosia.

Kenyataan media MAINPP berhubung isu bantuan khas dan perolehan tanah yang sedang tular di media sosia.

GEORGE TOWN - Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba membuat tohmahan dan menyebarkan fitnah berkaitan isu bantuan khas asnaf serta perolehan tanah seperti yang tular di media sosial.

Setiausaha MAINPP, Datuk Rosidi Hussain berkata, dakwaan, polemik dan fitnah yang ditularkan terutama mengaitkan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dalam isu berkenaan dilihat berniat jahat untuk menjejaskan imej institusi MAINPP.


Menurutnya, semua fakta berkaitan telah direkodkan secara rasmi dalam hansard Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

"Penjelasan berhubung perkara tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang juga Yang Dipertua MAINPP pada Persidangan DUN November 2025 bagi menjawab soalan yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Ustaz Yusni Mat Piah.


"MAINPP bertindak berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 yang memperuntukkan kuasa penuh kepada institusi ini dalam hal ehwal pentadbiran Islam, termasuk pengurusan sosial masyarakat Islam serta pentadbiran dan pengagihan zakat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, aktivis Pembela Tanah Air (Peta), Chegubard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin berkongsi kenyataan seorang penyelaras Peta, Azam Melaka berkaitan penyelewengan wang zakat di sebuah negeri.

Mengulas isu bantuan khas asnaf, Rosidi memaklumkan sejumlah RM178,368.60 telah diluluskan bagi menyelesaikan baki pinjaman perumahan seorang asnaf miskin yang berdepan masalah kesihatan kritikal seperti penyakit jantung dan strok.

Katanya, arwah turut mempunyai baki pencen ilat sebanyak RM178.97 selepas potongan hutang rumah, selain menanggung anak angkat yang menghidap penyakit buah pinggang dan telah menerima bantuan zakat bulanan sejak Ogos 2023.

"Kelulusan bantuan dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan dan Fasiliti Zakat serta Mesyuarat Lembaga Pengarah Zakat yang melibatkan perbincangan menyeluruh oleh 14 ahli, termasuk Mufti Pulau Pinang.

"Pembayaran bantuan pula dibuat terus ke akaun pembiayaan atas nama isteri arwah," jelasnya.

Sementara itu, berhubung isu perolehan tanah, beliau memaklumkan proses cadangan penjualan telah bermula sejak 15 Januari 2021 dan melalui beberapa peringkat siasatan, penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) serta penelitian Jawatankuasa Pembangunan, Hal Ehwal Tanah dan Aset MAINPP.

Katanya, perolehan melibatkan Lot 240, 264 dan 265 Mukim 3, Seberang Perai Selatan seluas 14.6918 ekar dengan nilai RM9.86 juta, menggunakan dana wang tawafuq selaras garis panduan MAINPP.


"Tujuan pembelian adalah untuk memperkukuh pemilikan tanah umat Islam serta pembangunan manfaat asnaf. Transaksi dilakukan secara telus dan tidak melebihi nilai pasaran semasa.

"Keputusan fatwa sebelum ini juga telah diperincikan melalui perbincangan dalam Mesyuarat MAINPP, di mana wang tawafuq yang digunakan untuk pembangunan asnaf wajib diserahkan kepada MAINPP bagi urusan pembelian,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa semua ahli lembaga yang mempunyai kepentingan telah mengisytiharkan kepentingan masing-masing serta mengecualikan diri daripada sebarang keputusan.

Sehubungan itu, beliau menolak sekeras-kerasnya tohmahan terhadap Timbalan Ketua Menteri I selaku Yang Dipertua MAINPP dan menegaskan institusi tersebut tiada sebarang kepentingan dalam kedua-dua isu yang ditularkan.

Ringkasan AI

  • MAINPP tidak ragu mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah mengenai bantuan khas asnaf dan perolehan tanah
  • Dakwaan bertujuan merosakkan imej MAINPP dan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid
  • RM178,368.60 diluluskan bagi bantuan asnaf miskin berdepan masalah kesihatan kritikal
  • Perolehan tanah melibatkan nilai RM9.86 juta untuk memperkukuh pemilikan tanah umat Islam dan pembangunan manfaat asnaf
  • Semua ahli lembaga yang mempunyai kepentingan telah mengisytiharkan kepentingan dan mengecualikan diri dari keputusan

 

Sidang Media Chegubard DEDAH & BONGKAR Penyelewengan ZAKAT Pulau Pinang & CUEPACS?​

Pendedahan Chegubard dan Azam PETA mengenai penyelewengan ZAKAT PULAU PINANG DAN CUEPACS & Tekanan Intimidasi Dialami Chegubard dalam usaha mendedahkan RASUAH era Regim Madani!

 

Sidang Media Chegubard: Intimidasi Regim, Penyelewengan ZAKAT P.Pinang & Kalah Saman Farhash?​

Chegubard, Shafiq Halim & Azam Melaka mewakili PETA hadir ke IPD Wangsa Maju memberi keterangan lanjut isu pendedahan rasuah kartel melibatkan Angkatan Tentera Malaysia . Apa respon Chegubard dan kawan kawan?

 
SIASAT-WANG-ZAKAT.jpeg
Mohamad pada Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah dan Sumbangan Ihya Ramadan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Bertam, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

Mohamad sedia disiasat isu seleweng wang zakat Pulau Pinang​


SEBERANG PERAI – Sebarang keputusan berkaitan pembelian tanah menggunakan dana zakat di Pulau Pinang bukan dibuat secara individu, sebaliknya melalui perbincangan dan persetujuan bersama Jawatankuasa MAINPP.

Demikian menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid kepada pemberita selepas diminta mengulas kontroversi berhubung dakwaan penyalahgunaan dana zakat di Pulau Pinang.

Menurutnya, siasatan yang sedang berlangsung tidak terarah terhadapnya semata-mata, namun turut melibatkan institusi MAINPP.
“Ini kerana keputusan yang dibuat berkaitan isu-isu yang ditimbulkan itu adalah hasil keputusan yang dibuat melalui proses yang melibatkan jawatankuasa dan MAINPP.


“Kalau di MAINPP, keputusan yang berkait rapat dengan zakat, kita akan buat keputusan rapat dengan di peringkat jawatan kuasa dan diangkat ke lembaga pengarah.

“Maka keputusan yang dibuat adalah keputusan bersama yang dipengerusi oleh saya. Maknanya, keputusan itu adalah keputusan bersama,” katanya selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah (MAPAF) dan sumbangan Ihya Ramadan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 1447H / 2026M yang berlangsung di Bertam di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata, proses pembelian tanah adalah berdasarkan keputusan lembaga pengarah zakat iaitu berkaitan dengan bantuan asnaf yang berkaitan dengan membeli tanah dengan menggunakan dana tawakuf, tanah lebihan yang diputuskan dalam mesyuarat Msjlis Agama Islam. – KOSMO! ONLINE

SUMBER - https://www.kosmo.com.my/2026/02/03/mohamad-sedia-disiasat-isu-seleweng-wang-zakat-pulau-pinang/
 

ARMADA Bersatu gesa TKM 1 Pulau Pinang disiasat kes dakwaan penyelewengan zakat​



WhatsApp-Image-2026-02-09-at-103400.jpeg

KUALA LUMPUR, — Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bersatu Malaysia menggesa Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, dijadikan suspek utama dalam siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana zakat negeri itu.

Ketua Penerangan ARMADA Bersatu Malaysia, Harris Idaham Rashid, berkata pihaknya memandang serius pendedahan dibuat sekretariat Pembela Tanah Air (PETA) yang diketuai oleh Badrul Hisham Shaharin, berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan dana Zakat Pulau Pinang.

Menurut beliau, sebagai Pengerusi Zakat Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap keputusan yang didakwa mencurigakan.

ARMADA turut mempersoalkan dakwaan bahawa Zakat Pulau Pinang menyalurkan bantuan berjumlah RM178,368.60 bagi melunaskan baki hutang rumah seorang individu bernama Zamri Ahmad, selain didakwa menerima bantuan bulanan sebanyak RM700 merangkumi RM500 tunai dan RM200 dalam bentuk bakul makanan.

Menurut kenyataan itu, pendedahan Badan Bukan Kerajaan (NGO) PETA mendakwa individu berkenaan tidak pernah memohon zakat dan keputusan pemberian bantuan dibuat melalui minit atas dasar Timbalan Ketua Menteri 1, dengan dakwaan wujud hubungan rakan sekolah antara kedua-dua pihak.

ARMADA menegaskan dakwaan tersebut, jika benar, menunjukkan kemungkinan wujud konflik kepentingan serta salah guna kuasa dalam pengurusan dana zakat.

Dalam masa sama, ARMADA turut mengecam dakwaan bahawa terdapat kakitangan agensi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dihentikan perkhidmatan dan digantikan dengan individu yang mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Timbalan Ketua Menteri 1.

ARMADA mempersoalkan jumlah kakitangan agensi di bawah MAINPP yang dihentikan perkhidmatan sejak beliau memegang jawatan, sambil menegaskan bahawa agensi kerajaan negeri bukan alat politik untuk menempatkan kroni.

Menurut Harris, pendedahan tersebut memberi kesan besar terhadap keyakinan umat Islam di Pulau Pinang yang menunaikan zakat serta golongan asnaf yang masih bergelut keluar daripada kemiskinan tegar.

Sehubungan itu, ARMADA menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya memanggil dan menyiasat Timbalan Ketua Menteri 1 dengan segera bagi memastikan ketelusan serta mengembalikan kepercayaan terhadap institusi zakat negeri.

ARMADA turut menegaskan bahawa mana-mana pihak yang berada dalam kedudukan kuasa dan didapati terlibat dalam salah laku perlu dihadapkan ke muka pengadilan serta melepaskan jawatan bagi memulihkan keyakinan masyarakat terhadap pengurusan zakat dan MAINPP secara keseluruhan.

 
Harap mainpp ada update report pasal @zanuar dpt zakat tu
Georgetown: Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, dilihat hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pagi ini.

Kenderaan Proton X70 yang membawa Mohamad dilihat memasuki pekarangan pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah kira-kira jam 9.40 pagi.

Beliau dilihat memasuki bangunan berkenaan bersama seorang pembantu.

Difahamkan kehadirannya itu berkaitan siasatan terhadap dakwaan salah guna dana zakat yang dikaitkan dengannya.

Siasatan tersebut dimulakan selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri membangkitkan isu berkenaan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada penghujung tahun lalu.

Lewat bulan lalu, SPRM memperoleh dokumen berkaitan untuk penelitian dan siasatan lanjut kes berkenaan.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S. Karunanithy, berkata siasatan itu bertujuan mengesahkan perkara berkenaan serta menentukan sama ada wujud unsur salah laku atau isu berkaitan tadbir urus.

--SUMBER--
 

Pendedahan Terbaru Che Gubard...Pegawai Paksa Bersumpah​

Ini baru kepincangan dàlàm pejabat zakat p.pinang. cikgu tolong buat pencarian dalam pejabat zakat perak pulak sebab hari tu nk tebus tanah masjid alor pongsu pun dh tk ada duit. Mulai tahun ni, ayuh seluruh umat islam seluruh malaysia supaya bagi terus duit zakat kepada asnaf yg kita kenali tanpa melalui kaunter zakat. Mereka dah tk boleh dipercayai lg. Islàm akan hancur di malaysia kalau umatnya dah tk kenal halal haram dan bg anak isteri makan duit haram.
https://www.youtube.com/create_channel?upsell=comment

 
Back
Top
Log in Register