BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TH Disaran Perkukuh Komunikasi, Program Jangkauan Pulih Keyakinan Pendeposit

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

TH Disaran Perkukuh Komunikasi, Program Jangkauan Pulih Keyakinan Pendeposit​

4ffada7f283a6cdda782e688469ed6da6a6a1b0214623


Lembaga Tabung Haji (TH) disaran memperkukuh komunikasi terbuka dan memperluas program jangkauan bagi menjelaskan langkah pembaharuan tadbir urus serta kedudukan kewangannya kepada pendeposit, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap institusi itu.

Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Pertahanan Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Dr Mohd Kamarul Amree Mohd Sarkam berkata komunikasi secara konsisten menerusi platform digital amat penting bagi menunjukkan kesungguhan TH menangani kelemahan dan melaksanakan reformasi tadbir urus.

Beliau berkata meskipun proses reformasi memerlukan masa, pendekatan komunikasi digital perlu dimanfaatkan sepenuhnya memandangkan sebahagian besar pendeposit terdiri daripada golongan milenial dan Gen Z yang aktif menggunakan media sosial.

“TH perlu menjelaskan keseriusan institusi itu dalam memperbaiki kesilapan dan melakukan reformasi tadbir urus. Pendekatan komunikasi digital mampu membantu mengembalikan kepercayaan rakyat,” katanya kepada Bernama.

Mohd Kamarul Amree berkata TH juga perlu memperkukuh naratif mengenai kualiti pengurusan haji Malaysia yang mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi itu terus terpelihara.

Beliau turut mencadangkan rombakan menyeluruh terhadap tadbir urus TH termasuk melantik pakar dan teknokrat berpengalaman dalam bidang pengurusan serta perniagaan, selain menamatkan amalan lantikan politik dalam barisan pengurusan tertinggi.

“Biarlah TH dikelola oleh individu bukan partisan yang mempunyai kepakaran supaya kepercayaan rakyat dapat dikembalikan secara kolektif tanpa cenderung kepada mana-mana ideologi politik.

“Di samping itu, pindaan Akta TH yang disyorkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH perlu dilakukan demi tadbir urus yang lebih baik, selain pengurusan dana kewangan TH diletakkan di bawah Menteri Kewangan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register