kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,704
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,704
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Cabaran Wartawan Haji: Mengimbangi Amanah Dan Ibadah Di Tanah Suci
Khairdzir Md Yunus
Ketika jutaan umat Islam berhimpun di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji dengan sepenuh tumpuan, sekumpulan kecil petugas media pula memikul tanggungjawab memastikan setiap perkembangan operasi haji sampai kepada rakyat di tanah air.
Bagi Khairdzir Md Yunus, 64, meskipun sudah hampir 19 tahun berlalu, namun pengalaman pada 2007 sebagai wartawan Bernama yang dibawa oleh Lembaga Tabung Haji (TH) ke bumi Ambia itu masih segar dalam ingatannya.
Khairdzir berkata tidak seperti jemaah biasa yang dapat menumpukan sepenuh masa kepada ibadah, tugas wartawan haji menuntut untuk sentiasa bersedia menghadapi sebarang perkembangan sepanjang musim haji, di samping menyempurnakan Rukun Islam kelima tersebut.
Berkongsi peranannya, bekas Ketua Pengarang Bernama itu berkata setiap hari rutinnya di Tanah Suci bermula dengan pemantauan aktiviti jemaah, sidang media, lawatan kerja pengurusan haji dan pelbagai tugasan lain yang perlu dilaporkan kepada rakyat Malaysia.
"Kami datang sebagai petugas media, tetapi pada masa sama kami juga menunaikan haji. Jadi cabarannya ialah bagaimana hendak mengimbangi kedua-dua tanggungjawab itu," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Menurut Khairdzir, keadaan menjadi lebih mencabar kerana teknologi komunikasi ketika itu jauh berbeza berbanding hari ini.
"Pada masa itu, peranti Blackberry merupakan antara peralatan paling penting untuk kami. Internet sangat terhad dan kadang-kadang saya perlu mencari lokasi tertentu seperti Masjidil Haram untuk menghantar laporan ke Kuala Lumpur," katanya.
Kesibukan tugasan turut menyebabkan ada ketika petugas media terpaksa menyesuaikan jadual ibadah dengan keperluan operasi.