BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Berlepas Ke Tanah Suci

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
2e63798641dd1104f1ef93e96551e41869e2d70f7a10e

ad363d84f069014c29e315bee91a048f69e2d6f35a211

4c2e32dd298abd17a8980e55cb30ea1569e2d208e01fd

Sebanyak 284 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci awal pagi ini, menandakan bermulanya musim haji bagi 1447H/2026M.

Sebanyak 284 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci awal pagi ini, menandakan bermulanya musim haji bagi 1447H/2026M.

Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4.05 pagi menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 7.50 pagi waktu tempatan (Arab Saudi), hari yang sama.

Mereka terdiri daripada 141 jemaah yang berlepas dari stesen Alor Setar di Kedah dan 143 jemaah dari stesen Sepang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata beliau amat bersyukur dapat meluangkan masa menyantuni dhuyufurrahman (tetamu Allah) yang merupakan kumpulan pertama berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan Rukun Islam kelima itu.

"Setelah kita merancang dan mengadakan pelbagai inisiatif serta program untuk mempersiapkan jemaah haji kita, Alhamdulillah tahun ini perjalanannya sangat baik. Semua jemaah haji melalui satu program yang begitu menyeluruh bukan hanya dari aspek hukum-hakam tetapi juga kesihatan, pemahaman terhadap syariat haji dan sebagainya.

"Jadi pagi ini kita akan membuat pelepasan kepada 284 jemaah haji kita. Alhamdulillah, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Osamah Dakhel R Al-Ahmadi turut serta untuk meraikan pelepasan jemaah haji Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia Ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1447H/2026M di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli, Pengerusi Tabung Haji (TH) Tan Sri Abdul Rashid Hussain serta Ketua Pegawai Eksekutif TH Mustakim Mohamad.

Ketika menitipkan pesanan, Zulkifli mengingatkan jemaah haji agar menjaga kesihatan, keselamatan diri, menumpukan kepada ibadah serta sentiasa mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa dengan mendapatkan maklumat daripada sumber sahih seperti TH.

"Jangan mempercayai berita yang tidak tentu sumbernya. Jangan membuat perkara yang dilarang, yang tidak bersesuaian ketika berada di Tanah Suci. Fokus pada ibadah seperti mana yang telah dipelajari semasa mengikuti kursus haji," katanya.

 
Back
Top
Log in Register