BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Tiba Di Madinah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,150
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,150
Reaction score
346
Points
141
2ad1767c97f40df3df367d8722e8538969e386d1850a2

17e2f3bfaee2f281ac171504f91a477869e386fe534cd

4771b5bd83fd52296db5e1f700429fd269e3873848e8f

816526cace467feba033f2119f312e2969e386abbc9e8

Kredit : Tabung Haji

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia musim 1447H/2026 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz, Madinah pada 8.21 pagi waktu tempatan hari ini.

Kesemua 284 jemaah itu menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4.09 pagi (waktu Malaysia) dan tiba di Hotel Emaar Royal, Madinah pada 9.45 pagi (waktu tempatan).

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketibaan rombongan disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Ridzuan Wahi, Konsul Haji Malaysia di Jeddah Radin Adi Hilmi, barisan pengurusan kanan dan petugas TH.

Syed Mohamad Bakri dalam kenyataan itu berkata segala persiapan telah dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan jemaah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah sepanjang berada di Tanah Suci.

“Mewakili Kerajaan Malaysia dan TH, saya ingin merakamkan rasa syukur atas ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia di Madinah. Ini hasil perancangan rapi, kerjasama erat dengan pihak berkuasa Arab Saudi serta komitmen berterusan TH dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan jemaah sentiasa menjadi keutamaan.

“Saya juga melihat petugas TH komited memastikan setiap jemaah bukan sahaja selesa dari segi kebajikan, malah dibimbing untuk mencapai haji yang mabrur, insya-Allah,” katanya.

Syed Mohamad Bakri berkata jemaah turut diingatkan agar sentiasa menjaga kesihatan, memperbanyakkan ibadah serta mematuhi segala panduan dan arahan yang ditetapkan sepanjang berada di Tanah Suci.

Sepanjang enam hari di Madinah, para jemaah akan mengikuti program yang telah diatur termasuk ziarah ke Masjid Nabawi, Makam Rasulullah SAW, Raudhah serta lokasi-lokasi bersejarah di sekitar Madinah.

TH memaklumkan terdapat dua lagi penerbangan kumpulan jemaah haji akan tiba di Madinah hari ini, iaitu sebanyak 284 jemaah yang dijangka tiba pada 2.10 petang, manakala 357 jemaah pada 9.10 malam waktu tempatan.

 
Back
Top
Log in Register