BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Di Tanah Air

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Di Tanah Air​

31899d94ce127754bfee9816a46c92286a20ca2259f98

f04e645b9ab5cf76703332a957fd13e96a20ca50a3282

9ce3f6358c392fcce3d006a3a23918536a20ca3975bed

f12510fe56504c23141abab26c244ec66a20ca708d5b1

Kumpulan pertama jemaah haji sebanyak 329 orang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 1.13 pagi, sekali gus menandakan bermulanya operasi haji fasa kedua Musim Haji 1447H/2026M, iaitu menyambut kepulangan jemaah haji ke tanah air.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kumpulan pertama jemaah haji sebanyak 329 orang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 1.13 pagi, sekali gus menandakan bermulanya operasi haji fasa kedua Musim Haji 1447H/2026M, iaitu menyambut kepulangan jemaah haji ke tanah air.

Ketibaan mereka disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan isterinya Hanani Harun, serta Pengarah Eksekutif Pengalaman Pelanggan Tabung Haji (TH) Datuk Mohamed Ameen Abdul Wahab.

Kumpulan pertama yang terdiri daripada jemaah Selangor itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada 11.31 pagi (waktu Arab Saudi) semalam, menaiki pesawat Saudi Airlines (SV5004).

"Sampainya jemaah haji pertama ini bermakna sudah bermula fasa kedua urusan haji tahun ini, iaitu fasa kepulangan jemaah haji kita. Alhamdulillah semuanya berlaku dengan baik dan semua jemaah haji kita berada dalam keadaan yang baik.

"Terima kasih kepada semua petugas haji tahun ini, sama ada petugas TH mahupun Kementerian Kesihatan termasuk Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja, Polis Diraja Malaysia, Malaysia Airport Holding Bhd, syarikat korporat serta semua pihak yang membantu urusan haji pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Ketibaan Jemaah Haji Penerbangan Pertama, di sini.

Zulkifli berkata matlamat operasi haji kali ini berjaya dicapai, antaranya TH telah menerima Anugerah Labbaikum Diamond, pengiktirafan tertinggi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kepada pengurusan dan perkhidmatan haji terbaik dunia.

"Ini adalah anugerah tertinggi pengurusan haji bermula di tanah air dengan kursus haji, (pemeriksaan) kesihatan jemaah, persediaan yang rapi, penerbangan, penginapan, logistik, sajian makanan, keselamatan dan keseluruhan aspek operasi haji telah diisi dengan baik serta dilaksanakan dengan begitu teliti dan rapi oleh TH serta semua pihak yang berkepentingan," katanya.

Zulkifli berkata sepanjang musim haji tahun ini, sebanyak 65 jemaah mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di hospital, manakala 17 jemaah, iaitu lapan wanita dan sembilan lelaki meninggal dunia di Tanah Suci dengan kebanyakan mereka mengalami serangan jantung.

Beliau turut memuji sikap dan disiplin tinggi yang ditunjukkan jemaah sepanjang berada di Tanah Suci, sekali gus mencerminkan imej baik negara pada mata masyarakat antarabangsa.

 
Back
Top
Log in Register