BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendeposit Perlu Terus Yakin Terhadap TH - Penganalisis

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pendeposit Perlu Terus Yakin Terhadap TH - Penganalisis​

4e55540ce47312aca70d6cb90d8c48d26a0c38f988e88

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Afzanizam Abdul Rashid

Pendeposit perlu terus menaruh keyakinan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) memandangkan usaha pemulihan institusi itu telah dan sedang dilaksanakan bagi memelihara kepentingan mereka.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata meskipun isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah diketahui umum, ia telah ditangani menerusi pelbagai program pemulihan yang kini menunjukkan hasil positif, termasuk dari segi kedudukan kewangan.

"Kalau dilihat dari 2021 sampai tahun lepas, iaitu lima tahun berturut-turut TH mencatatkan aset bersih. Aset bersih maksudnya aset yang ditolak dengan liabiliti, (mencatatkan perkembangan) positif.

"Jadi maksudnya Laporan RCI ini bukanlah sesuatu yang baharu...ia telah pun dilengkapkan pada 2022, cuma sekarang didedahkan dari segi dokumennya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah penambahbaikan dari segi tadbir urus TH, termasuk perubahan dalam struktur kepimpinan dan pengurusan institusi berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd Afzanizam berkata pendeposit baharu mahu pun yang sedia ada tidak perlu gusar terhadap kedudukan semasa TH, selain menegaskan prestasi institusi umat Islam itu tidak wajar dinilai hanya berdasarkan aspek kewangan semata-mata sebaliknya perlu dilihat meliputi sudut menguruskan operasi haji serta hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi.

“Reputasi TH di Arab Saudi kekal baik dan hubungan erat dengan kerajaan negara itu turut membantu Malaysia memperoleh kuota haji yang lebih baik.

“Kalau kita lihat sendiri bagi mereka yang telah menunaikan ibadah umrah dan haji, memang tanggapan Arab Saudi terhadap jemaah dari Malaysia ini sangat positif. Ini adalah hasil didikan daripada Tabung Haji itu sendiri dari segi disiplin dan sebagainya,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register