BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendekatan Perlu Adil Kepada Semua Golongan Masyarakat - PM

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
ebcee733a0a6a483ba1db262f231670368a528c45318e

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini.

Turut sama Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (dua, kanan), Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying (dua, kiri) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan keadilan diterjemahkan kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum majoriti atau minoriti.

Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata setiap pendekatan yang dilaksanakan perlu adil, dengan mengambil kita keperluan rakyat, justeru kerajaan akan terus mendengar dan meneliti setiap pandangan menerusi dialog berterusan.

“…kalau nak kita selamatkan negara, kena jamin tentunya keadilan bagi yang majoriti dan minoriti. Kita tidak mahu tyranny of the majority, kita tidak mahu tyranny of the minority. Pendekatan itu harus lebih adil.

“Apa-apa kelemahan kita baiki dalam belanjawan (Belanjawan 2026). Kita sekarang dengar semua pandangan, dalam belanjawan kita akan ubah suai dan perbaiki. Tidak semestinya apa yang kita lakukan (sekarang) semua sempurna, ada kelemahan. Sebab itu dialog mesti diteruskan,” katanya.

Turut hadir Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

 
Back
Top
Log in Register