BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kepimpinan Di Semua Peringkat Perlu Amal Pendekatan Adil Dengan Komuniti - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kepimpinan Di Semua Peringkat Perlu Amal Pendekatan Adil Dengan Komuniti - Anwar​

934ace5685522d2e192057b623dc47b26a48e31743e79

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru kepimpinan di peringkat Persekutuan, negeri dan tempatan supaya terus mengamalkan pendekatan yang adil terhadap semua komuniti, di samping menegaskan pendekatan seumpama itu penting bagi memelihara perpaduan serta kestabilan Malaysia.

Beliau berkata meskipun Kerajaan MADANI telah memperkenalkan pelbagai reformasi di peringkat nasional, cabaran masih dihadapi di peringkat negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam menterjemahkan komitmen berkenaan.

“Saya tidak mengatakan setiap rayuan atau permohonan mesti diluluskan namun berikan peluang yang munasabah kepada rakyat untuk menyuarakan pendirian mereka, mengemukakan hujah dan supaya tidak timbul tanggapan bahawa mereka, dan kita semua tidak dilayan secara adil dan saksama,” kata beliau pada Majlis Hi-Tea Bersama Pemimpin Masyarakat Johor di sini hari ini.

Anwar berkata keadilan dalam tadbir urus bukan bermaksud memenuhi setiap permintaan, sebaliknya memastikan semua komuniti diberi peluang untuk didengar melalui proses yang telus dan saksama.

Perdana Menteri berkata kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu kekal terbuka dalam libat urus, namun pada masa sama membuat keputusan berlandaskan undang-undang sedia ada dan prinsip ditetapkan.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kemajuan Malaysia tidak wajar diukur dengan hanya berdasarkan pertumbuhan ekonomi semata-mata, tetapi juga keupayaan negara memelihara perpaduan, belas ihsan dan rasa saling menhormati dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pengembangan ekonomi negara kini semakin meluas ke lebih banyak negeri, dengan pelaburan tidak lagi tertumpu di hab tradisional seperti Lembah Klang dan Pulau Pinang, sebaliknya meliputi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata usaha Malaysia dalam mengadaptasi kecerdasan buatan (AI), transformasi digital dan peralihan tenaga perlu terus berlandaskan kepada nilai moral yang kukuh, kefahaman budaya dan prinsip agama.

Menzahirkan kebimbangan terhadap wujudnya naratif berunsur kaum dan agama yang terus menguji fabrik sosial negara serta menjejaskan perpaduan nasional, Anwar menggesa pemimpin agama untuk memainkan peranan lebih besar dalam memupuk keimanan, belas kasihan, keadilan serta persefahaman dalam kalangan komuniti.

 
Back
Top
Log in Register