BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keselamatan Sekolah Perlu Pendekatan Strategik, Komitmen Semua Pihak - Fadhlina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,134
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,134
Reaction score
346
Points
141

Keselamatan Sekolah Perlu Pendekatan Strategik, Komitmen Semua Pihak - Fadhlina​

1d22d627f030b4baa1d00fd8190312a76a58db0c6a53a

18a94566e6387627d008846d1f89e4796a58db2dc5670

Kredit : FB Fadhlina Sidek

Isu keselamatan sekolah yang semakin kompleks memerlukan pendekatan strategik dan komitmen menyeluruh semua pihak bagi mewujudkan ekosistem persekolahan yang selamat.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata keutamaan ketika ini ialah membina keyakinan masyarakat bahawa setiap murid sentiasa dilindungi dalam ekosistem sekolah yang selamat, sambil menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang perkara yang mengganggu-gugat keselamatan fizikal mahupun emosi anak-anak.

Beliau berkata garis panduan keselamatan dan dasar perlindungan kanak-kanak perlu dijadikan panduan dan dipatuhi sepenuhnya di semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan.

Pada masa sama, Fadhlina berkata tumpuan perlu turut diberikan kepada usaha menangani isu kesihatan mental.

“Seruan saya kepada ibu bapa dan warga pendidik yang hadir pada Program Mutiara Diri hari ini adalah untuk kita bersama-sama meningkatkan sinergi bagi mewujudkan ekosistem sekolah yang selamat untuk semua.

“Anak-anak berhak untuk berada dalam persekitaran yang selamat, bermaruah dan sejahtera,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata program itu, yang turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, bukan sekadar program biasa sebaliknya adalah pendekatan advokasi yang signifikan dalam mendepani isu keselamatan murid di sekolah.

 
Back
Top
Log in Register