BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerjasama Semua Pihak Perlu Diperkasakan Tangani Konflik Manusia, Gajah - MB Terengganu

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Kerjasama Semua Pihak Perlu Diperkasakan Tangani Konflik Manusia, Gajah - MB Terengganu​

2b74ab53b167d6a0ea0688892f37deff6a79617c5f6b1

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) menyempurnakan gimik perasmian sambutan Hari Renjer Sedunia 2026 di Wisma Darul Iman hari ini.

Kerjasama semua pihak termasuk Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) perlu diperkasakan, bagi mengurangkan risiko konflik antara hidupan liar dan manusia khususnya melibatkan gajah yang berkeliaran di kawasan berhampiran lebuh raya.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkat antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah meningkatkan rondaan di kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot serta memasang pagar elektrik di lokasi berdekatan habitat hidupan liar.

“Saya rasa perkara itu akan dipertimbangkan, kerana keseluruhan jarak lebuh raya ini panjang. Jadi di kawasan rayau yang berdekatan dengan kawasan habitat hidupan liar, mungkin itu antara langkah yang boleh dipertimbangkan.

“Walaupun untuk laluan yang agak panjang terdapat sedikit kesukaran kerana pemasangan pagar elektrik memerlukan kos yang besar, saya rasa pelbagai langkah sedang diambil termasuk penggunaan teknologi bagi memastikan kejadian seperti itu tidak lagi berlaku,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Renjer Sedunia 2026 peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata kejadian kemalangan melibatkan sekumpulan gajah di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 baru-baru ini, merupakan satu tragedi yang perlu dilihat dari sudut keselamatan hidupan liar dan pengguna jalan raya.

Beliau berkata rondaan di kawasan lebuh raya juga perlu diperkemaskan terutama ketika musim hujan apabila hidupan liar berkemungkinan keluar mencari kawasan perlindungan.

“Dua-dua adalah kehidupan. Gajah ada kehidupan dan manusia pun ada kehidupan. Apa yang berlaku baru-baru ini di LPT2 merupakan satu tragedi dan kita mengucapkan takziah kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Ahmad Samsuri berkata penggunaan teknologi bagi mengesan pergerakan hidupan liar lebih awal sewajarnya dipertimbangkan sebagai langkah jangka panjang.

Beliau berkata kerajaan negeri sebelum ini pernah berdepan isu gajah memasuki kawasan kampung di Hulu Terengganu, namun keadaan berjaya dikurangkan menerusi kerjasama renjer dan penduduk setempat.

 
Back
Top
Log in Register