BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Johor Komited Tangani Konflik Manusia-Gajah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
a02bf731fb9ce45ae620168e642e4be769b2dcdedd2a2

f52d4ae83eef0e54bccca04940f7779569b2dcec6776a

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup (dua, kanan) semasa menyempurnakan gimik flag-off pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Renjer Komuniti dan Flag-off Operasi Bersepadu Khazanah peringkat Semenanjung Malaysia 2026 di Dataran Tangkak.

Kerajaan Negeri Johor memberi perhatian serius terhadap konflik manusia-gajah menerusi pelbagai langkah pengurusan hidupan liar bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan dan pemeliharaan biodiversiti.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata Johor kini dianggar mempunyai antara 120 hingga 160 ekor gajah liar yang tertumpu di beberapa daerah termasuk Kluang, Kota Tinggi, Mersing dan Segamat.

"Situasi itu menyebabkan tanaman penduduk dirosakkan akibat pencerobohan gajah dan ini memerlukan pendekatan lebih tersusun bagi membantu keseimbangan antara pembangunan dan kelestarian haiwan liar.

"Untuk itu, kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Konflik Manusia dan Gajah selain melaksanakan beberapa langkah termasuk operasi translokasi gajah serta pembangunan kawasan bank makanan gajah bagi mengurangkan konflik tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Renjer Komuniti serta pelepasan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Peringkat Semenanjung Malaysia 2026 di Dataran Ledang di sini hari ini.

Katanya kerajaan negeri juga sedang membangunkan Santuari Gajah Johor di Kota Tinggi yang akan menjadi pusat perlindungan dan pendidikan konservasi hidupan liar.

Arthur berkata projek lintasan hidupan liar bernilai RM30 juta di laluan Batu Pahat ke Jamaluang yang dijangka siap pada 2028 akan berfungsi sebagai koridor ekologi yang menghubungkan beberapa kawasan hutan simpan utama di Johor.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 1,950 Renjer Komuniti di Semenanjung Malaysia dilantik menerusi peruntukan RM60.6 juta bagi memperkukuh usaha perlindungan biodiversiti dan rondaan hutan.

"Daripada jumlah tersebut, 159 renjer terdiri daripada veteran Angkatan Tentera Malaysia, pesara polis, komuniti Orang Asli serta penduduk tempatan akan ditempatkan di Johor bagi membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memantau kawasan hutan serta mengekang aktiviti pencerobohan dan pemburuan haram.

 
Back
Top
Log in Register