BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemerkasaan Pelancongan Komuniti, Produk Tempatan Tingkat Ekonomi DUN Rim - ADUN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pemerkasaan Pelancongan Komuniti, Produk Tempatan Tingkat Ekonomi DUN Rim - ADUN​

70bfa5cd3cdb2f74a88658229dfe10746a37dfd5c0202

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tiga, kiri) menyerahkan bendera Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Khaidirah Abu Zahar (tengah) sebagai simbolik tuan rumah seterusnya untuk WRUR Parlimen Jasin pada majlis penutupan Program WRUR Parlimen Kota Melaka di Telok Mas.

Pembangunan pelancongan komuniti antara inisiatif dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim bagi memperkasakan ekonomi masyarakat luar bandar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu Datuk Khaidirah Abu Zahar.

Beliau berkata inisiatif lain ialah pengukuhan perusahaan tempatan serta penyediaan lebih banyak peluang menjana pendapatan kepada masyarakat kawasan itu.

“Satu daripada inisiatif pembangunan pelancongan komuniti ialah penganjuran program berskala besar seperti Jamboree Mountain Bike Challenge yang kini memasuki tahun ketiga dan berjaya menarik lebih 1,000 peserta termasuk dari Singapura, Indonesia dan Thailand,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) peringkat Parlimen Jasin: Kampung Kita oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di sini hari ini.

Khaidirah berkata DUN Rim turut menjadi tuan rumah kepada pelbagai program kerjasama dengan institusi pengajian tinggi termasuk Program Baktisiswa yang membuka peluang kepada peserta dari luar Melaka mengenali kawasan berkenaan serta produk tempatan.

Beliau berkata kawasan berkenaan memiliki pelbagai potensi ekonomi yang boleh diketengahkan termasuk perusahaan batik, produk berasaskan cili, tanaman jagung dan nanas, industri makanan tradisional serta sektor inap desa yang semakin berkembang.

"Kita mahu masyarakat luar bandar bukan sahaja mempunyai kelangsungan hidup lebih baik, malah mampu meningkatkan taraf ekonomi dan sosial mereka.

"Yang penting ialah nilai kehidupan di desa perlu diangkat sebagai satu keistimewaan kerana kawasan luar bandar mempunyai pelbagai potensi untuk dibangunkan," katanya.

Khaidirah berkata pihaknya turut bekerjasama rapat dengan agensi seperti Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia bagi membantu pengusaha tempatan meningkatkan kualiti produk, memperkukuh aspek pemasaran dan memperluas akses ke pasaran lebih besar.

 
Back
Top
Log in Register