BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anugerah Produk Ikonik Tourism Selangor, 24 Produk Pelancongan Diiktiraf

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Anugerah Produk Ikonik Tourism Selangor, 24 Produk Pelancongan Diiktiraf​

1ccbda2a6c2920473ec4211006cf09a66a882e5862849

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor Datuk Ng Suee Lim (dua, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling (tiga, kanan) pada gimik Pelancaran Pelan Induk Pelancongan Negeri Selangor 2026-2030 pada Majlis Anugerah Produk Ikonik Tourism Selangor 2025 di Pusat Konvensyen MBSA Seksyen 13.

Sebanyak 24 produk pelancongan Selangor menerima pengiktirafan tahun ini menerusi Anugerah Produk Ikonik Tourism Selangor 2025, sekali gus memperkukuh kecemerlangan kualiti dan inovasi pemain industri sektor tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling berkata kesemua 24 produk berkenaan dinilai berdasarkan beberapa aspek termasuk keunikan dan identiti produk, pengalaman pelawat, standard kebersihan, kecekapan pengurusan serta kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Beliau berkata produk yang menerima pengiktirafan itu mewakili antara yang terbaik dalam kategori masing-masing dan akan diberi keutamaan menerusi pelbagai inisiatif promosi Tourism Selangor.

Chua berkata pengiktirafan itu bukan sekadar penghargaan kepada pengusaha, sebaliknya menjadi titik permulaan kepada kerjasama lebih erat antara Tourism Selangor dan pemain industri bagi memperkukuh daya saing produk pelancongan negeri.

“Ini termasuk penyenaraian dalam kempen pemasaran rasmi, program lawatan suai kenal (FAM Trip), lawatan media, promosi digital serta penyertaan dalam aktiviti pemasaran pelancongan di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya dalam Majlis Penyerahan Anugerah Produk Ikonik Tourism Selangor 2025 di Pusat Konvensyen MBSA, hari ini.

Sebanyak lima kategori yang dipertandingkan iaitu Pelancongan Agro, Pelancongan Kesihatan, Pelancongan Gastronomi, Pelancongan Budaya dan Warisan serta Pelancongan Berasaskan Komuniti.

Antara penerima bagi kategori Pelancongan Agro ialah Selangor Fruit Valley (SFV), Saudagar Nanas, DurianBB, Lee's Cocoa dan Nur Lembah Pangsun Eco Resort, manakala kategori Pelancongan Kesihatan merangkumi Alpha International Women's Specialists, Avisena Specialist Hospital 2, MAHSA Specialist Hospital, Hospital Picaso serta KPJ Klang Specialist Hospital.

Bagi kategori pelancongan gastronomi, penerima terdiri daripada Tart Nanas Warisan, Heritaste, Chop Guan Kee Coffee, TheFOODtree Restaurant dan Dking SS2.

Kategori budaya dan warisan pula melibatkan Adunan Gamelan Irama Melayu, Muzium Sultan Alam Shah, Kelab Wau Kapal Cagat Selangor dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, manakala kategori pelancongan berasaskan komuniti merangkumi Rumah Papan Pandamaran, Jungle School Gombak & IIUM JSI, Catopia Taman Kucing Shah Alam, Madu Kelulut Asli & Madu Bee-Xtra serta Inspirasi Hulu Langat Nature (Potpourri Herba).

 
Back
Top
Log in Register