BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar Didedah Kepentingan Penjimatan, Inovasi Tenaga Melalui Pencarian Wira Bijak Tenaga - ST

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pelajar Didedah Kepentingan Penjimatan, Inovasi Tenaga Melalui Pencarian Wira Bijak Tenaga - ST​

6d38d9b1306ba183e2bb504b19f416d16a65c4d56f49f

9fb07cd167b17d0ded630adf31c0ecee6a65c4dedce56

e68ec6c7a8d667039b382928d494ffc36a65c4e73cd79


Kepentingan amalan penjimatan serta inovasi tenaga terus diberikan pendedahan meluas hingga ke peringkat sekolah melalui program Pencarian Wira Bijak Tenaga 2026 yang diadakan bersempena dengan Karnival Bijak Tenaga 2026 anjuran Suruhanjaya Tenaga (ST) di sini.

Pencarian Wira Bijak Tenaga merupakan kesinambungan kepada program Energy Efficiency Challenge yang dilaksanakan ST sejak 2014, namun kini dengan skop yang lebih luas mengenai literasi tenaga.

Jika sebelum ini penekanan diberikan kepada kecekapan tenaga, program kali ini perluaskan kepada pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai rangkaian tenaga, keselamatan, tarif dan peralihan tenaga.

Wakil Sekretariat Wira Bijak Tenaga 2026, Muhammad Faisal Yusoff berkata pertandingan itu disertai sebanyak 66,880 pelajar yang melibatkan 7,563 sekolah di seluruh negara.

“Berbanding pertandingan terdahulu, silibus Pencarian Wira Bijak Tenaga 2026 kini merangkumi topik yang lebih luas seperti transisi tenaga, rantai nilai tenaga, struktur tarif baharu, keselamatan elektrik dan gas dan sebagainya," katanya kepada Bernama.

Dalam pertandingan yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, di sini, itu, dua pelajar dinobatkan sebagai johan masing-masing bagi kategori Wira Tenaga Muda dan Wira Inovasi Tenaga.

Johan Wira Tenaga Muda Muhammad Faris Naufal Ab Naufal, 11, daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Apong, Kedah, berkata dia tidak menyangka video kreatifnya bertajuk ‘Selamatkan Bumi dan Kocek Kita’ berdurasi tiga minit itu berjaya menewaskan lima pencabar lain dalam pertandingan tersebut.

“Kejayaan ini memang tak disangka-sangka kerana video ini hanya mengambil masa selama satu hari saja untuk disiapkan hasil bantuan dan sokongan ibu.

“Ini juga kejayaan pertama saya menjadi juara dalam banyak pertandingan yang telah disertai. Terima kasih juga kepada guru-guru dan rakan yang turut memberi sokongan kepada saya,” katanya,

 
Back
Top
Log in Register