BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

50 Pemenang NEA 2026 Jana Penjimatan Kos Tenaga RM48.82 Juta Setahun - PETRA

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,712
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,712
Reaction score
97
Points
80

50 Pemenang NEA 2026 Jana Penjimatan Kos Tenaga RM48.82 Juta Setahun - PETRA​

589deac933b2f2dddf9a67537841e9126a7c9b20c693e

30b650f52c1e6f089071c24d93c018526a7c9acd10b00

d39bab214082a9ce80fad007c3fe3c746a7c9af6105bf

Kredit : FB Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

Sebanyak 50 organisasi yang menerima pengiktirafan pada Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2026 berjaya mencatat penjimatan kos tenaga sebanyak RM48.82 juta setahun secara kolektif, di samping mencapai penjimatan tenaga dan pengeluaran tenaga boleh baharu sebanyak 270.54 gigawatt-jam (GWh) setahun.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan projek-projek berkenaan turut menyumbang kepada anggaran pengurangan pelepasan karbon dioksida sebanyak 9.93 juta tan setahun, bersamaan dengan mengurangkan kira-kira 2.2 juta kereta daripada berada di jalan raya di Malaysia.

“Pencapaian tersebut menyumbang kepada aspirasi Malaysia untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih seawal 2050,” menurut kenyataan itu.

Pemenang NEA 2026 melibatkan empat kategori, iaitu Pengurusan Tenaga, Bangunan Cekap Tenaga, Tenaga Boleh Baharu dan Anugerah Khas dalam satu majlis yang diadakan di sini semalam.

Menurut kementerian itu, pelbagai organisasi semakin banyak mengguna pakai penyelesaian tenaga bersih, termasuk sistem fotovoltaik solar, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), biogas, tenaga daripada sisa dan hidrogen hijau bagi memperkukuh daya tahan tenaga serta mempercepat peralihan tenaga negara.

PETRA memaklumkan pencapaian para pemenang NEA 2026 menyokong pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Strategik PETRA 2026-2030 yang memberi keutamaan kepada pembangunan tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, keselamatan tenaga serta pembangunan ekonomi rendah karbon yang berdaya saing.

“Pencapaian tersebut turut menggariskan bahawa peralihan tenaga Malaysia merupakan satu misi nasional bersama yang memerlukan komitmen kolektif kerajaan, industri, perniagaan dan komuniti bagi membina masa depan tenaga yang berdaya tahan, mampan dan inklusif,” katanya.

Kementerian itu menyatakan pemenang NEA 2026 yang terpilih akan mewakili Malaysia di Anugerah Tenaga ASEAN (AEA), sekali gus mengetengahkan pencapaian dan amalan terbaik negara dalam bidang tenaga mampan di peringkat serantau.

“Ini mengukuhkan peranan NEA sebagai platform peringkat kebangsaan bagi mengenal pasti dan mengiktiraf organisasi contoh yang berpotensi mencapai kecemerlangan di peringkat nasional dan ASEAN,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register