combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,171
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,171
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia terus memacu inovasi tenaga bersih menerusi penganjuran Forum Pra-ISES 2026 mengenai sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS).
Forum menjelang Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2026 edisi ketujuh itu berlangsung pada hari ini, bertemakan “Resilient Battery Storage for Tropical Climate”.
Menurut kenyataan SEDA Malaysia, forum itu juga menandakan satu peristiwa penting dalam persiapan SEDA Malaysia menuju ISES 2026 yang bertemakan “Envisioning Sustainable Energy Beyond Borders.”
“Selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), acara ini menekankan kepentingan peranan penyimpanan tenaga bateri dalam menangani ketidakstabilan grid dalam penjanaan tenaga boleh diperbaharui secara decentralised.
" Kebergantungan solar yang intermittency (keterputus-putusan) - khususnya 'duck curve' - serta memastikan sistem tenaga masa hadapan Malaysia lebih anjal, berdaya tahan dan mampu menyokong tahap penembusan tenaga boleh diperbaharui yang lebih tinggi,” menurut kenyataan itu.
Forum dimulakan dengan sesi perkongsian laporan terperinci bertajuk “Insights on Consumer-based Battery Energy Storage Systems in the Tropical Climate of Malaysia,” hasil kerjasama antara Organisasi Penyelidikan Saintifik dan Perindustrian Komanwel (CSIRO) Australia dan SEDA Malaysia.
Dibentangkan oleh Dr Asem Mousa daripada CSIRO, laporan berkenaan buat pertama kali menyentuh mengenai pandangan dunia berkaitan prestasi BESS dalam keadaan panas dan lembap Malaysia - menekankan aspek keselamatan, kecekapan dan jangka hayat bagi aplikasi kediaman, komersial serta perindustrian.
“Kajian itu turut menjadi penanda aras amalan terbaik antarabangsa dan meletakkan rangka kerja asas bagi menyokong keputusan pasaran yang lebih berinformasi serta mempercepat penerimaan teknologi BESS di Malaysia,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SEDA Malaysia Datuk Hamzah Hussin dalam ucapannya berkata BESS sebagai pemudah cara penting dalam peralihan tenaga negara, menyokong aspek keanjalan, kestabilan grid dan pengoptimuman penggunaan tenaga solar.
SEDA Malaysia Pacu Inovasi Tenaga Bersih Melalui Forum BESS
SEDA Malaysia, tenaga, ekonomi, inovasi, teknologi