BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yayasan Tenaga Nasional Bantu 200 Pelajar B40 Melalui Program Dermasiswa MyBF Junior

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Yayasan Tenaga Nasional Bantu 200 Pelajar B40 Melalui Program Dermasiswa MyBF Junior​

ae8be8da4a35b0b07f1b201aed7f3f516a6187015bc06

Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) terus memperkukuh komitmennya memperkasa pendidikan negara apabila 100 pelajar baharu menerima tajaan di bawah Program Dermasiswa MyBF Junior bagi 2026, menjadikan jumlah keseluruhan penerima manfaat kepada 200 pelajar di seluruh negara.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu mendapat sokongan berterusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap pembangunan modal insan negara.

Inisiatif itu bertujuan membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) memperoleh akses kepada pendidikan berkualiti sebagai persediaan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.



Komitmen Membangunkan Modal Insan



Pada Majlis Pelancaran Program Dermasiswa MyBF Junior di Bangi pada 21 Julai lepas, Pengerusi TNB merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YTN Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid berkata setiap anak Malaysia berhak mendapat peluang untuk membina masa depan yang lebih baik melalui pendidikan.

“Pendidikan merupakan asas kepada kemajuan individu, masyarakat dan negara. Kami mahu memastikan tiada bakat dan potensi anak-anak daripada keluarga B40 tercicir hanya kerana kekangan kewangan.

“Melalui YTN, kami akan terus membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi mereka serta membangunkan modal insan yang akan menyumbang kepada masa depan negara,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register