BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 2,800 Pelajar Bumiputera Tamat Pengajian Melalui Program Tunas Oleh YP

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lebih 2,800 Pelajar Bumiputera Tamat Pengajian Melalui Program Tunas Oleh YP​

06277ed9f19f691e10bc99662694ab3e698f10ce8c05e

4ba71cdb47b79671866ececf7e82a1116a390de5b9c5c

40b88e98d9529bb8e83459fa8d68564c6a390ed71878b

032042c777c7e5a896ff8856906c19476a390fef9a7b1

03f51879d1632b566071718462c620d06a39114a2fcc0

e97cb29628b7508d7685934ae1bf99406a39125fe3c55


Lebih 2,800 pelajar telah menamatkan pengajian menerusi program Peneraju Tunas Geliga dan Peneraju Tunas Potensi di bawah Yayasan Peneraju (YP) yang menyokong belia bumiputera pada pelbagai peringkat perjalanan pendidikan mereka.

Menurut kenyataan hari ini, YP memaklumkan kajian impak 2025 menunjukkan 93.8 peratus siswazah Tunas Potensi yang terlibat dalam kaji selidik berjaya mendapat pekerjaan, manakala 23.4 peratus lagi melanjutkan pelajaran dalam peringkat sarjana atau doktor falsafah (PhD).

"Dalam kalangan alumni Tunas Geliga yang ditinjau, 82 peratus melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah, mencerminkan sumbangan program ini dalam memperluas peluang pendidikan dan memperkukuh mobiliti sosial dalam kalangan belia bumiputera," menurut kenyataan itu.

YP memaklumkan Peneraju Tunas Geliga memberikan tumpuan kepada pelajar sekolah menengah dengan membuka peluang memasuki sekolah berasrama penuh selain menyediakan kem dan peluang pembangunan holistik yang direka untuk membina keyakinan, kemahiran kepimpinan serta aspirasi yang melangkaui persekitaran semasa mereka.

"Daripada 1,415 pelajar yang menyertai program ini, sebanyak 1,286 orang berjaya menamatkan pelajaran mereka," menurut kenyataan itu.

Peneraju Tunas Potensi pula, menurut YP, menyokong belia bumiputera melanjutkan pengajian tinggi mereka di institusi tempatan dan antarabangsa, dengan 1,538 daripada 1,638 peserta telah menamatkan pengajian.

Antara kisah kejayaan yang ditonjolkan ialah Johanes Dedi Kanchau dari Engkilili, Sarawak, yang bapanya menjual dua ekor kura-kura yang dijumpai di tepi sungai untuk menampung kos pengangkutan bagi menghadiri sesi temu duga program Peneraju Tunas Potensi di Kuching.

"Perjalanan ke sesi temu duga itu amat bermakna bagi saya kerana melibatkan pengorbanan besar daripada keluarga. Diterima menyertai program ini memberikan motivasi kepada saya untuk bekerja lebih keras dan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan kepada saya," kata Johanes yang kini mengikuti pengajian PhD dalam bidang perubatan (Kardiologi) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Seorang lagi alumni, Nazrul Adrian Abdullah dari Terengganu, menggunakan platform Peneraju Tunas Potensi untuk melanjutkan pengajian Sarjana Farmasi di University College London (UCL) dan kini berkhidmat sebagai ketua ahli farmasi di London.

 
Back
Top
Log in Register