Pekerjaan bermutu mesti jadi teras strategi ekonomi SG: DPM Gan
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong berucap di majlis makan malam tahunan ke-70 Persatuan Ekonomi Singapura di Orchard Hotel pada 27 Ogos 2026. (Gambar: CNA/Ooi Boon Keong)
SINGAPURA: Pekerjaan bermutu tidak seharusnya menjadi perkara yang difikirkan kemudian dalam strategi ekonomi, sebaliknya perlu menjadi teras pelan, kata Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong pada Khamis (27 Ogos).
Pekerjaan bukan sekadar hasil sosial yang perlu ditangani kerana kerja yang berdaya hasil memberi individu keupayaan untuk menentukan hala tuju sendiri, maruah, pengiktirafan sosial dan keyakinan, selain menyediakan pendapatan, katanya.
IKLAN
DPM Gan berkata demikian semasa berucap di jamuan ulang tahun ke-70 Persatuan Ekonomi Singapura di Orchard Hotel Singapore, di mana beliau turut menyertai sesi dialog.
Komen beliau dibuat di tengah-tengah perbincangan mengenai sama ada pertumbuhan yang didorong kecerdasan buatan (AI) akan membawa hasil lebih baik kepada ekonomi dan pekerja secara keseluruhan.
DPM Gan berkata strategi ekonomi Singapura melibatkan pendakapan teknologi bagi membolehkan rakyat melakukan kerja yang lebih bernilai, memikul tanggungjawab lebih luas, menerima gaji lebih baik dan maju dalam kerjaya.
"Kita perlu mengenal pasti lebih awal pekerjaan yang berpotensi terdedah kepada AI dan mewujudkan laluan kerjaya berkesan kepada pekerjaan yang membina kemahiran sedia ada," katanya.
Latihan bersasar, bimbingan, padanan pekerjaan dan penempatan sebenar perlu digabungkan, kata DPM Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan.
IKLAN
Majikan, institusi latihan, kesatuan sekerja dan pemerintah perlu bertindak bersama.
"Pembelajaran mesti kekal berkait rapat dengan pekerjaan, dan sokongan perlu bermula sebelum pekerja terjejas," kata Encik Gan.
PEKERJAAN DI LUAR BIDANG AI
Strategi Singapura juga mesti merangkumi rangkaian pekerjaan yang lebih luas kerana tidak semua orang akan atau patut menjadi jurutera AI, katanya.
Beliau merujuk kepada pekerjaan dalam bidang penjagaan, kesihatan bersekutu, pendidikan awal kanak-kanak, pekerjaan berkemahiran dan perkhidmatan penting yang boleh disokong teknologi tetapi sukar digantikan.
IKLAN
"Tugasnya bukan sekadar mengekalkan pekerjaan ini seperti sedia ada. Kita perlu meningkatkan daya penghasilan, memperbaiki reka bentuk pekerjaan, memperkukuh kemajuan kerjaya dan menyokong gaji lebih baik," tambahnya.
DPM Gan berkata Singapura tidak boleh menganggap kadar pertumbuhan ekonomi yang sama akan menghasilkan jumlah pekerjaan yang sama seperti sebelum ini.
Namun, apabila sesetengah pekerjaan berubah, mengecil atau hilang, tugas dan peranan baharu akan muncul.
"Tidak perlu berasa cemas. Ini tidak mungkin membawa kepada kehilangan pekerjaan serta-merta bagi seluruh ekonomi," katanya. "Namun, kita juga tidak harus leka. Kita perlu mengurus peralihan ini dengan baik."
KEKAL RELEVAN DALAM DUNIA YANG BERUBAH-UBAH
IKLAN
DPM Gan berkata Singapura mesti beralih daripada sekadar terbuka kepada menjadi relevan, dengan membina kelebihan yang sukar ditiru dan menjadi sebahagian penting daripada rantaian bekalan serta operasi.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Industri Gan Kim Yong (kiri) dan Presiden Persatuan Ekonomi Singapura (ESS) Profesor Euston Quah (kanan) di majlis makan malam tahunan ESS ke-70 yang diadakan di Orchard Hotel Singapore pada 27 Ogos 2026. (Gambar: CNA/Ooi Boon Keong)
"Secara ringkas, kita mesti beralih daripada sekadar memindahkan barangan kepada menentukan bagaimana barangan bergerak," katanya.
"Begitulah cara ekonomi kecil mewujudkan pengaruh: dengan menjadi berguna kepada ramai pihak, sementara menjadi pihak yang sukar digantikan dalam beberapa bidang penting."
PEMBAHARUAN DAN DAYA TAHAN
Singapura perlu mempelbagaikan sumber penting, mengekalkan penampan strategik dan memperdalam perkongsian, kata DPM Gan.
"Daya tahan memberi kita masa. Ketangkasan membolehkan kita melakukan perkara yang diperlukan dalam tempoh itu," katanya.
"Ia bermakna kita perlu jelas tentang beberapa perkara yang mesti kita lindungi, bijak memilih bidang persaingan dan fleksibel tentang cara kita mencapainya," tambah beliau.
Pekerjaan bermutu mesti jadi teras strategi ekonomi SG: DPM Gan
SINGAPURA: Pekerjaan bermutu tidak seharusnya menjadi perkara yang difikirkan kemudian dalam strategi ekonomi, sebaliknya perlu menjadi teras pelan, kata Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong pada Khamis (27 Ogos). Pekerjaan bukan sekadar hasil sosial yang perlu ditangani kerana kerja yang...