BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pertumbuhan Ekonomi Mesti Dinikmati Rakyat - Fahmi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,709
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,709
Reaction score
97
Points
80

Pertumbuhan Ekonomi Mesti Dinikmati Rakyat - Fahmi​

76592dc2e7be648d9a063bdffc0a8c7c6a7ffd4578a4d

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Fahmi Fadzil membentang laporan tahunan kewangan pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pertumbuhan ekonomi negara mesti diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti dan pengurangan beban kos sara hidup supaya manfaatnya benar-benar dirasai rakyat, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata walaupun Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi enam peratus pada suku kedua 2026 serta pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah, iaitu RM426.7 bilion pada 2025, fokus fasa seterusnya Ekonomi MADANI ialah memastikan kemakmuran berkenaan dirasai sehingga peringkat akar umbi.

"Atas sebab itu, kejayaan ekonomi Malaysia tidak boleh berhenti pada ukuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). KDNK mesti menjadi pekerjaan, pelaburan mesti jadi pendapatan, produktiviti mesti jadi gaji dan penjimatan kerajaan mesti jadi manfaat kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Usul Ekonomi dan Kestabilan Politik bertemakan "Kestabilan Membina Keyakinan, Ekonomi Membina Kesejahteraan: Pastikan Kemajuan Negara Dirasai Rakyat" bersempena dengan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini hari ini.

Fahmi berkata usul berkenaan dirangka berasaskan aspirasi 741 usul yang dikemukakan oleh 176 Cabang PKR dari seluruh negara.

Mengulas prestasi ekonomi negara, pertumbuhan enam peratus pada suku kedua 2026 meningkat daripada 5.4 peratus pada suku pertama, manakala pelaburan diluluskan sebanyak RM92.8 bilion pada tiga bulan pertama tahun ini melibatkan 1,249 projek yang dijangka mewujudkan lebih 50,000 pekerjaan baharu.

Beliau berkata kadar pengangguran kekal pada 3.0 peratus, manakala inflasi berada pada 1.9 peratus setakat Jun 2026.

Fahmi berkata defisit fiskal Kerajaan Persekutuan turut menunjukkan kemajuan apabila berjaya dikurangkan daripada 4.1 peratus pada 2024 kepada 3.7 peratus pada 2025.

Beliau berkata kestabilan politik yang dinikmati hari ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk melaksanakan reformasi berani demi kepentingan rakyat.

 
Back
Top
Log in Register