BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakar ekonomi naikkan unjuran pertumbuhan ekonomi SG bagi 2026 kepada 5%

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

Pakar ekonomi naikkan unjuran pertumbuhan ekonomi SG bagi 2026 kepada 5%​

screenshot_2026-09-02_123228.jpg

2 wanita berjalan sambil menggunakan payung untuk berlindung daripada cuaca panas di Queen Elizabeth Walk, Singapura, pada 1 April 2025. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Para pakar ekonomi sektor swasta menaikkan dengan ketara unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura tahun ini kepada lima peratus, berbanding 3.5 peratus sebelum ini.

Unjuran yang dikeluarkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam tinjauan terbaharunya ke atas para pakar ekonomi pada Rabu (2 Sep) itu rendah sedikit berbanding ramalan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) sebanyak 5.5 peratus.

IKLAN

Seramai 21 ahli ekonomi dan penganalisis memberikan respons kepada tinjauan tersebut, menurut MAS.

Ekonomi Singapura tumbuh 5.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu pada suku kedua 2026, lebih tinggi daripada pertumbuhan 4.3 peratus yang diramalkan oleh para responden bagi suku tersebut dalam tinjauan lalu.

Dalam tinjauan terkini, para responden menjangkakan ekonomi negara akan berkembang 4.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu pada suku ketiga 2026 dan 3.6 peratus pada suku terakhir tahun ini.

Ekonomi berkembang 6.3 peratus pada suku pertama tahun ini.

Konflik yang semakin meruncing atau berpanjangan di Timur Tengah serta kemungkinan berlaku kejatuhan mendadak dalam sektor kecerdasan buatan (AI), yang boleh memberi kesan limpahan kepada pasaran kewangan, yang merupakan antara risiko terhadap pertumbuhan ekonomi Singapura yang paling kerap dibangkitkan.

IKLAN

"Dari segi faktor yang boleh mendorong pertumbuhan, semua responden mengenal pasti peningkatan berterusan dalam kitaran teknologi yang dipacu AI sebagai dorongan utama bagi prospek ekonomi Singapura," menurut MAS.

Ketegangan yang mereda atau penyelesaian bagi perang Timur Tengah, serta pertumbuhan global yang lebih kukuh daripada jangkaan, turut dikenal pasti sebagai perkembangan yang boleh merangsang pertumbuhan ekonomi.

Para pakar ekonomi turut menurunkan unjuran inflasi bagi 2026.

Unjuran median bagi inflasi keseluruhan, yang diukur berdasarkan Indeks Harga Pengguna-Semua Barangan (CPI-All Items), diturunkan kepada 2.1 peratus daripada 2.3 peratus dalam tinjauan sebelumnya.

Inflasi teras, yang tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan privet, diramalkan mencecah 1.9 peratus, turun daripada dua peratus sebelum ini.

IKLAN

Bagi suku ketiga, para responden menjangkakan inflasi keseluruhan akan mencecah 2.5 peratus dan inflasi teras 2.4 peratus.

Ini selepas inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing mencatat 1.8 peratus dan 1.5 peratus pada suku kedua, kedua-duanya lebih rendah daripada ramalan responden yang terdahulu.

Sementara itu, 45 peratus responden menjangkakan MAS akan mengetatkan dasar kewangan negara pada Oktober dengan meningkatkan kecerunan jalur Kadar Pertukaran Efektif Nominal Dolar Singapura (S$NEER).

Angka tersebut meningkat daripada 30 peratus dalam tinjauan sebelumnya, manakala baki responden menjangkakan tiada perubahan pada kecerunan jalur dasar tersebut.

Hampir semua responden tidak menjangkakan perubahan pada pendirian dasar kewangan MAS pada Januari 2027.

IKLAN

Bagi 2027, para responden menjangkakan ekonomi Singapura berkembang sebanyak 3.1 peratus.

Inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing diramalkan mencecah dua peratus pada tahun depan.

 
Back
Top
Log in Register