BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UniMAP Berperanan Sebagai Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi Wilayah Utara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

UniMAP Berperanan Sebagai Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi Wilayah Utara​

464b869ecb4b3a4374dffde37715b81d6a9bd4ec0904a


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mempunyai peranan strategik sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri dan Wilayah Utara menerusi pembangunan bakat, pengetahuan, teknologi serta inovasi yang memenuhi keperluan industri.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kedudukan UniMAP di Perlis memberikan kelebihan kepada universiti itu untuk menjadi penghubung agenda pembangunan negeri dengan ekosistem industri berteknologi tinggi di Kedah dan Pulau Pinang.

“UniMAP bukan sekadar institusi pendidikan tinggi di Perlis, sebaliknya berpotensi menjadi hab bakat, pengetahuan, teknologi dan inovasi yang menghubungkan Perlis dengan ekosistem perindustrian Wilayah Utara.

“Peranan ini amat penting bagi memastikan pertumbuhan industri di rantau ini disokong oleh modal insan yang mempunyai kepakaran teknikal, kemahiran serta keupayaan inovasi yang diperlukan,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Canselor UniMAP bertitah demikian pada Majlis Promosi Masakan Perlis di Restoran Indrapura sempena program International Leadership Mobility (ILM) UniMAP di sini.

Yang turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor 1 UniMAP dan anakanda Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail merangkap Pro Canselor 2 UniMAP dan Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah kekuatan UniMAP dalam bidang elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor, pembuatan, automasi, kecerdasan buatan (AI) dan kejuruteraan mempunyai hubungan langsung dengan keperluan industri berteknologi tinggi, khususnya di Kulim Hi-Tech Park, Kedah dan Pulau Pinang.

Baginda bertitah jaringan UniMAP bersama dengan pemain industri seperti Intel, Infineon, Micron, Oppstar, Inari, SkyeChip, AMD, ViTrox, Modenas serta Proton juga memperkukuh kedudukan universiti itu sebagai penghubung antara akademik dan industri.

 
Back
Top
Log in Register