Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Zakat Jaringan Keselamatan Sosial, Pemangkin Ekonomi Negara
Pengerusi MAIWP Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer
Zakat tidak seharusnya dilihat sebagai bantuan kebajikan semata-mata kerana ia merupakan instrumen pembangunan sosial dan ekonomi Islam yang mampu melindungi golongan rentan, mewujudkan peluang ekonomi serta memperkukuh kestabilan masyarakat, sekali gus bertindak sebagai jaringan keselamatan sosial untuk menstabilkan kehidupan mereka.
Sumbangan pembayar zakat memberi impak lebih luas daripada bantuan kepada seseorang penerima kerana apabila disalurkan dengan terancang, kesannya turut dirasai keluarga, komuniti, institusi pendidikan, sektor kesihatan dan ekonomi setempat.
Sebagai contoh, apabila sebuah keluarga menerima bantuan sara hidup, makanan, sewa rumah atau perubatan, bantuan tersebut bukan sahaja menyelesaikan keperluan segera mereka, malah dapat memastikan anak-anak dapat terus bersekolah, pesakit dapat meneruskan rawatan, keluarga tidak kehilangan tempat tinggal dan ketua keluarga dapat kembali bekerja atau mencari pendapatan.
Mengikut statistik dipaparkan di portal MAIWP setakat 8 Ogos 2026, jumlah kutipan zakat sebanyak RM604.78 juta, manakala jumlah agihan zakat telah mencapai kira-kira RM681.55 juta termasuk lebih RM206 juta bagi kebajikan, RM123 juta (pembangunan ummah), RM71 juta (pendidikan), RM27 juta (perubatan) dan RM18 juta (perlindungan).
PEMBANGUNAN ASNAF
Loading…
www.bernama.com