Peruncit SG latih semula pekerja sedang perdagangan sosial bentuk semula pekerjaan
Sesi jualan strim langsung, di mana hos menunjukkan produk dan berinteraksi dengan penonton pada masa nyata. (Gambar: CNA)
SINGAPURA: Seiring perkembangan perdagangan sosial di Singapura yang semakin memanfaatkan strim secara langsung untuk menjual produk, para peruncit kian melatih pekerja dalam kemahiran baharu dan mereka bentuk semula pekerjaan demi memenuhi perubahan permintaan pengguna.
Perdagangan sosial, yang membolehkan pengguna mencari dan membeli produk menerusi media sosial, semakin berkembang.
IKLAN
Bank tempatan DBS mengunjurkan pasaran perdagangan sosial Singapura berkembang sekitar 16 peratus setahun sehingga 2030, apabila nilai jualan dijangka mencecah S$8.47 bilion.
Perdagangan secara langsung dijangka merangkumi lebih satu pertiga daripada pasaran itu.
Carian Mediacorp di Jobstreet mendapati lebih 3,400 kerja kosong berkaitan perdagangan sosial, termasuk sekurang-kurangnya 1,500 bagi perdagangan secara langsung.
Pemain industri berkata permintaan itu mencerminkan usaha peruncit dalam memberi respons terhadap jangkaan pengguna yang berubah-ubah.
Pengarah Persatuan Peruncit Singapura, Shaan Liew, berkata peruncit memberi respons terhadap perubahan jangkaan pengguna dengan mewujudkan jawatan seperti ketua perdagangan sosial, jurutera perdagangan sosial dan hos penstriman langsung.
IKLAN
Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran (JSIT) bagi sektor Runcit yang dilancarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bersama Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) pada 2023, membantu syarikat mereka bentuk semula pekerjaan dan melatih pekerja.
"Sejak pelancaran JSIT bagi sektor Runcit, kami sudah membantu lebih 1,000 syarikat runcit, dan sekitar 4,500 pekerja melalui proses membentuk semula pekerjaan, peningkatan kemahiran dan usaha melatih semula dengan kemahiran baharu," kata pengarah JSIT bagi sektor Runcit, Loh Chu May.
Kecerdasan buatan (AI) juga mengubah cara penstriman langsung dihasilkan.
Avatar AI yang digunakan oleh jenama snek Singapura Irvins semasa sesi jualan strim langsung. (Gambar: Irvins)
Misalnya, jenama makanan ringan Singapura, Irvins, kini menggunakan avatar AI untuk penstriman langsung sekali atau dua kali seminggu.
Naib presiden kanan komersil Irvins, Reno Chow, berkata penggunaan AI mengurangkan kos sekurang-kurangnya 50 peratus dan membantu meningkatkan jualan bulanan lebih 20 peratus berbanding tahun lalu.
Peruncit SG latih semula pekerja sedang perdagangan sosial bentuk semula pekerjaan
SINGAPURA: Seiring perkembangan perdagangan sosial di Singapura yang semakin memanfaatkan strim secara langsung untuk menjual produk, para peruncit kian melatih pekerja dalam kemahiran baharu dan mereka bentuk semula pekerjaan demi memenuhi perubahan permintaan pengguna. Perdagangan sosial, yang...