BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasport Dan MyKad Baharu Enam Bulan Lagi, Ciri Keselamatan Dipertingkat

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146
fab147fd1d3faba4ec4efe3e5621c0e35e43f2c35617d


Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu dalam tempoh enam bulan lagi sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pengenalan dokumen baharu itu adalah satu pencapaian penting, khususnya ketika pasport Malaysia kini berada dalam kelompok pasport paling dipercayai di dunia.

“Itu penting sebab dokumen pasport kita sekarang ini nombor tiga paling dipercayai diukur dari sudut pemegang pasport Malaysia tak memerlukan kelulusan visa untuk travel. Itu kayu ukur yang penting.

“Dengan status kebolehpercayaan pasport kita, jadi kita akan memiliki pasport berwajah baharu bagi rakyat Malaysia dalam enam bulan daripada sekarang,” katanya pada sidang media selepas majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata ciri keselamatan baharu itu dibangunkan untuk meningkatkan integriti pasport dan MyKad sejajar dengan keperluan memperbaharui dokumen keselamatan negara selepas tempoh penggunaan tertentu.

“Ciri keselamatan yang spesifik ini kami pertingkatkan. Yang ada sekarang pun sudah teruji, sebab itu ranking pasport kita antara yang terbaik, sepuluh terbaik di dunia.

“… tetapi selepas satu tempoh, ada keperluan untuk negara mengeluarkan dokumen keselamatan baharu,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata proses pembaharuan itu melibatkan penyediaan spesifikasi pengguna oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara, yang telah dibangunkan dan diperakui.

Beliau berkata kerajaan akan memaklumkan orang ramai lebih awal, kira-kira enam bulan sebelum pelaksanaan bagi mengelakkan rakyat berpusu-pusu atau berebut mendapatkan pasport atau MyKad baharu.

 
Back
Top
Log in Register