Kad Ketibaan SG dipertingkat, lebih banyak bahasa & fungsi isi automatik menerusi imbasan pasport
Pemandangan pusat pemeriksaan imigresen di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: CNA/Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: Kad Ketibaan Singapura (SGAC) tidak lama lagi akan menyokong tujuh bahasa baharu dan menampilkan antara muka yang diperbaharui sebagai sebahagian daripada peningkatan bagi memudahkan pelawat melengkapkan borang online itu.
Ia akan menawarkan 19 pilihan bahasa, berbanding 12 pada masa ini, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu catatan Facebook pada Rabu (19 Ogos).
IKLAN
ICA tidak menyatakan bahasa baharu yang akan ditambah ke dalam senarai tersebut.
SGAC yang dipertingkat itu turut menampilkan reka bentuk mesra pengguna bagi "navigasi yang lebih lancar dan mudah".
Ciri-ciri lain yang ditingkatkan termasuk penghantaran lebih pantas menggunakan fungsi isi automatik melalui imbasan pasport.
Peningkatan itu akan tersedia melalui aplikasi mudah alih MyICA dan laman ICA. Pelawat boleh mencuba ciri baharu itu lebih awal di laman web ICA mulai 26 Ogos.
ICA turut mengingatkan pelawat bahawa penghantaran kad ketibaan melalui saluran rasmi adalah percuma.
IKLAN
SGAC ialah kad ketibaan elektronik bagi pelancong yang memasuki Singapura, kecuali mereka yang melakukan transit melalui Singapura tanpa pemeriksaan imigresen serta penduduk Singapura yang melakukan perjalanan melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas.
Kad Ketibaan SG dipertingkat, lebih banyak bahasa & fungsi isi automatik menerusi imbasan pasport
SINGAPURA: Kad Ketibaan Singapura (SGAC) tidak lama lagi akan menyokong tujuh bahasa baharu dan menampilkan antara muka yang diperbaharui sebagai sebahagian daripada peningkatan bagi memudahkan pelawat melengkapkan borang online itu. Ia akan menawarkan 19 pilihan bahasa, berbanding 12 pada masa...