BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bilik Khas Kembali Fungsi Asal Menerusi Pembinaan Kelas IBS

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Bilik Khas Kembali Fungsi Asal Menerusi Pembinaan Kelas IBS​

78367098a0fa67bcd9a1f25b05b190fa6a9fb4922ec50

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh (tengah) mengadakan tinjauan Pelaksanaan Projek Bilik Darjah Tambahan di Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka, Batu Berendam hari ini.

Bilik-bilik khas yang sebelum ini dijadikan ruang pengajaran dan pembelajaran (P&P) sementara akibat kepadatan murid akan dikembalikan kepada fungsi asal menerusi pembinaan bilik darjah tambahan secara Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata pendekatan itu bukan sahaja membantu menangani masalah kepadatan murid, malah membolehkan pihak sekolah menggunakan semula bilik-bilik khas bagi tujuan asalnya.

“Kita tahu sekolah-sekolah macam ini dengan satu pembangunan yang pesat, bilik-bilik khas seperti bilik muzik dan makmal digunakan sebagai bilik darjah.

“Dengan pembinaan ini, bilik-bilik khas itu bolehlah digunakan semula untuk tujuan-tujuan khas berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Merdeka di sini, hari ini.

Wong berkata di Melaka, sebanyak 53 sekolah menerima manfaat menerusi inisiatif pembinaan bilik darjah tambahan secara IBS, dengan 49 daripadanya mempunyai kapasiti kelas melebihi 35 murid.

Beliau berkata tiga sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang iaitu SK Malim, SK Taman Merdeka dan SK Tengkera 1 menerima peruntukan keseluruhan RM3.3 juta bagi pembinaan 11 bilik darjah tambahan menerusi inisiatif berkenaan, dengan tempoh jangkaan siap 24 minggu iaitu pada atau sebelum Disember ini.

"Kemajuan keseluruhan projek pembinaan bilik darjah tambahan di tiga sekolah berkenaan kini sekitar 40 peratus dan diyakini dapat disiapkan sebelum sesi persekolahan 2027 bermula," katanya.

Mengulas mengenai enrolmen 2027 yang menerima kemasukan murid enam dan tujuh tahun, beliau berkata setakat ini jumlah berdaftar bagi kohort tujuh tahun adalah 416,632 murid manakala 73,487 murid bagi kohort enam tahun.

Mengenai aspek kesiapsiagaan guru, Wong berkata Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil beberapa langkah termasuk memastikan graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) ditempatkan pada tahun ini, melantik calon simpanan bagi opsyen kritikal dan pengambilan guru secara lantikan kontrak (CoS).

 
Back
Top
Log in Register